Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pedro Acosta Bakal Beri Saingan Musim Ini?

Pelumba ‘rookie’, Pedro Acosta, pamer aksi cemerlang di sesi ujian pra-musim MotoGP di Sepang minggu lalu. Pelumba yang baru berusia 19 tahun itu nampak selesa bersama jentera KTM RC16 dan berjaya mencatat masa ke-9 terpantas di hari ketiga dengan catatan masa 1’57.365 – sekali gus meletakkan Pedro sebagai pelumba KTM kedua terpantas di Sepang.

Pedro Acosta adalah seorang pelumba yang muda, namun tidak mudah melatah apabila diajukan soalan dari pihak media. Apabila disoal berkenaan dengan tekanan, 

“Untuk saya, tekanan hanyalah satu perkataan. Jika anda mempercayai perkataan tersebut, maka itu yang anda akan dapat”

“Saya sudah hadapinya selama tiga tahun, setiap hari saya mengalami tekanan. Sekarang sudah agak normal.”

Ramai pelumba berpendapat bahawa Acosta bakal memberi saingan dalam MotoGP musim ini. 

Foto: Tech3 Racing

Marc Marquez, yang memenangi Juara Dunia MotoGP pada tahun 2013 di musim ‘rookie’ menegaskan bahawa Pedro Acosta mungkin akan bersaing merebut kejuaraan tidak lama lagi.

“Pedro akan menjadi sangat laju sepanjang musim ini.”

“Sekarang pelumba yang tiba di MotoGP adalah sangat laju. Misalnya, Quartararo, Pecco, apabila mereka tiba di MotoGP pada sesi ujian pramusim, mereka mendahului.”

“Pedro sangat pantas. Dia terbabas tetapi ini adalah proses untuk belajar. Dia sedang terus berjuang. Ini adalah mentaliti yang baik.”

“Pedro mempunyai bakat yang hebat. Mungkin dia akan mengambil lebih masa, atau kurang masa. Tetapi dia akan bertarung untuk kejuaraan cepat atau lambat.”

Buat Juara Dunia, Pecco Bagnaia, 

“Kadang-kadang saya ada melihat catatan masa, dan rentak Pedro agak konsisten. Masih hilang beberapa saat, tetapi dia antara yang paling kuat.”

“Saya rasa adalah lebih baik untuk tidak memberi terlalu banyak tekanan kepadanya. Dia sangat muda dan mempunyai masa untuk menikmati musim rookienya. Tetapi dia akan menjadi sangat kompetitif, itu pasti.”

Bagi Aleix Espargaro, Pedro Acosta mempunyai bakat yang mengagumkan,

“Sejak tiba di kejuaraan dia telah melakukan perkara yang luar biasa. Ini hanya kali ketiga Pedro di Sepang, kali kedua di MotoGP.”

“Jelas sekali dia telah menunggang untuk masa yang banyak.”

“Apabila anda melihatnya di litar, saya menunggang dengannya untuk beberapa pusingan, anda melihat garisan yang dia ambil, itu bukan garis perlumbaan untuk rookie. Memang sukar dipercayai betapa cepatnya dia belajar.”

“Pedro adalah seorang yang perlu diperhatikan sepanjang musim ini.”

Pedro Acosta tiba di MotoGP dengan cepat. Hanya satu tahun di Moto3, dan dua tahun di Moto2, kini di usia 19 tahun, Pedro Acosta tiba di MotoGP bersama pasucepat. HabyaRed Bull GasGas Tech3, mengambil tempat Pol Espargaro.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related