Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pecco Terpantas Sesi Kelayakkan MotoGP di Misano

Misano membuktikan kem VR46 Academy mengawal grid utama hadapan.

Misano 7 September 2024 – Setelah tamat sesi Free Practice 2 keputusan masa berpihak kepada Marco Bezzecchi dengan catatan masa 1:31.237 mengatasi Francesco Bagnaia dan Jorge Martin. Dalam sesi Free Practice 1 pada Jumaat, Jorge Martin catat masa 1:31.707 saat diikuti Marc Marquez dan pelumba wildcard KTM Factory, Pol Espargaro.

Dalam sesi Practice pelumba Ducati Factory, Francesco Bagnaia catat masa yang  baik dengan 1:30.685 diikuti rapat oleh Marc Marquez dan Jorge Martin. Ducati terus dominasi sesi Practice dengan kedudukan satu hingga lima kawal oleh Ducati.

Sebelum sesi Q2 sebentar tadi, Alex Marquez (Gresini Ducati) dan Brad Binder (KTM Factory) terpaksa berhempas pulas dalam sesi Q1 untuk melayakkan diri ke Q2.

Pelumba Gresini Ducati, Marquez sekadar terbabas di selekoh ke-15 dalam sesi Q2 ketika baki sesi Q2 tinggal lagi 6 minit. Marc hanya perlu berpuas hati dengan catatan 1:30.929 untuk bermula di grid ke-9. Franco Morbidelli kembali ke petak hadapan dimana kali terakhir beliau bermula dipetak hadapan pada GP Sepanyol tahun 2021.

Ini kedudukan grid 10 teratas selepas sesi Q2:

  1. Francesco BAGNAIA
  2. Franco MORBIDELLI
  3. Marco BEZZECCHI
  4. Jorge MARTIN
  5. Pedro ACOSTA
  6. Brad BINDER
  7. Alex MARQUEZ
  8. Enea BASTIANINI
  9. Marc MARQUEZ
  10. Fabio QUARTARARO

Ini Jadual Perlumbaan MotoGP, 8 September 2024:

  • 15:40-15:50 MotoGP Warm Up
  • 17:00-17:50 Moto3 Race 20 Lap
  • 18:15-19:10 Moto2 Race 22 Lap
  • 20:00-21:00 MotoGP Race 27 Lap

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related