Aksi yang begitu mendebarkan dalam sesi kelayakan Q2 yang menyaksikan Pelumba Ducati Lenovo, Pecco Bagnaia dan Pelumba Prima Pramac, Jorge Martin bersaing bagi mendapatkan catatan masa terbaik demi kedudukan pole dalam perlumbaan sprint pada petang ini dan MotoGP Malaysia, esok.
Sesi kelayakan Q2 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC) sebentar tadi menyaksikan Martin memimpin saingan dengan catatan masa 1:56.996 saat untuk memastikan kedudukan Pole dalam genggaman.
Namun kedudukan itu tidak kekal lama apabila Bagnaia menggunakan pusingan serangan terakhir untuk mencatat rekod baharu sekali gus memperbaharui rekod lamanya pada musim MotoGP 2023 dengan catatan masa terbaiknya 1:56.337 saat pada musim ini.
Martin masih enggan menyerah kalah dengan cubaan untuk memintas masa tersebut,
Namun kesilapan kecil yang dilakukannya di selekoh terakhir menggagalkan usahanya sekaligus meletakkan beliau di tempat kedua keseluruhan aksi kelayakan Q2.
Berikut merupakan keputusan dan kedudukan pelumba-pelumba di grid bagi perlumbaan Sprint petang ini dan MotoGP Malaysia, pada Ahad selepas aksi kelayakan Q2.
Martin dan Bagnaia akan turun sekali lagi dalam Perebutan Juara Dunia MotoGP 2024 yang dijadualkan berlangsung pada petang Ahad, sekitar pukul 3.00 petang.