Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pasukan Malaysia sedia sahut cabaran di Aragon

Seramai lima pelumba muda negara bakal memulakan kempen mereka di FIM MiniGP World Finals 2024 yang akan berlangsung di Aragon, Sepanyol bermula esok sehingga 14 November ini.

Pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin berkata cabaran yang berbeza bakal menanti anak-anak didiknya itu jika dibandingkan dengan litar asal yang sepatutnya mengendalikan kejohanan itu.

“Saingan World Finals di Aragon menghidangkan cabaran yang berbeza kepada para pelumba jika dibandingkan dengan litar di Valencia. Ciri litarnya yang luas dan panjang akan menyaksikan para pelumba berada di dalam kelompok yang besar ketika perlumbaan.

“Keadaan cuaca juga dijangka sejuk dan berangin dan ini mampu mempengaruhi prestasi pelumba kita. Apapun, kami dari Team Malaysia sudah bersedia untuk apa jua cabaran yang akan dihadapi di Aragon.Sasaran kami adalah merebut kedua-dua kejuaraan 190cc dan 160cc.

“Untuk merealisasikan hasrat ini, kami sudah menyiapkan kesemua pelumba untuk mempamerkan prestasi yang terbaik di Aragon daripada sesi latihan hinggalah kepada acara perlumbaan. Dengan doa daripada seluruh rakyat Malaysia, saya yakin kita mampu muncul juara. In syaa Allah,” katanya menerusi satu kenyataan.

Pasukan negara diwakili Adam Danial, Farish Hafiy, Qayyim Razin , Airel Marzuki dan dipimpin oleh pelumba juara dunia kelas 160cc tahun lepas, yang juga merupakan juara kebangsaan kelas 190cc FIM MiniGP Malaysia musim ini, Qabil Irfan.

Dalam kelas 160cc, sandaran negara dalam mempertahankan kejuaraan yang dimenangi oleh Qabil Irfan tahun lepas disandarkan kepada Ariel Marzuki, yang tewas tipis kepada penunggang Vietnam, Nguyen Viet Tuan pada kejuaraan FIM MiniGP Malaysia 2024.

Terdahulu, kejuaraan FIM MiniGP dijadualkan berlangsung di Valencia. Namun, selepas banjir besar yang melanda wilayah timur dan selatan Sepanyol kejohanan itu terpaksa dipindahkan ke Aragon, Sepanyol.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related