Edisi ke-121 Paris-Roubaix, yang dijadualkan pada Ahad 7 April, akan bermula di Compiègne dengan jarak 259.9 km ke Velodrom di Roubaix. Sementara itu, kembali ke bahagian di Briastre (selepas 111.5 km) dan Le Hameau du Buat (selepas 129.5 km) perlumbaan kali ini lebih mencabar apabila pihak penganjur meningkatkan jumlah batu buntar (cobbles) kepada 55.7 km (berbanding 54.5 km pada 2023), ini merupakan jumlah tertinggi dalam perlumbaan sejak 30 tahun yang lalu dengan 29 sektor.
Menariknya setiap tahun selama 2 minggu tidak kurang daripada 150 pelajar dari Hauts de France menyelenggara kawasan berturap batu buntar ini bagi Paris Roubaix dan Roubaix Femmes (wanita elit).
Laluan kali ini pastinya lebih mencabar. Selepas seratus kilometer,pelumba akan melalui bahagian berbatu pertama apabila keluar dari kampung Troisvilles (selepas 96.3 km). Selepas itu perlumbaan akan menjadi lebih sengit di pintu masuk ke Quievy di salah satu bahagian terpanjang (3.7 km). Tahun ini sektor lain yang mencabar adalah jarak 3 kilometer (Viesly > Briastre), yang tidak pernah diadakan sejak edisi 2019.
Seterusnya perlumbaan menuju laluan condong ke atas Le Hameau du Buat (Capelle > Ruesnes), ini merupakan perubahan kedua yang dibuat oleh Thierry Gouvenou tahun ini:
“Pengaruh pada senario perlumbaan bukan secara tiba-tiba, tetapi mempunyai bahagian yang panjang dan sukar untuk dimulakan menjadikan perlumbaan itu memenatkan dan akibatnya mungkin dirasai kemudian hari” – Thierry Gouvenou
Antara sektor berbatu yang paling rumit, termasuk sebelum Trouée d’Arenberg iaitu selepas 164.6 km, seterusnya ke sektor yang sangat sukar pada tahun lepas di bahagian di Haveluy selepas 156.4 km dimana Wout van Aert pernah memecut dibahagian ini tahun lepas.Queen of the Classics juga merupakan final terpanjang, kerana penentu mahkota perlu bertempur dan bergelut sepanjang hampir 100 kilometer bagi mereka yang telah melepasi Trouée d’Arenberg dalam kedudukan yang baik.
Pelumba masih mempunyai 18 bahagian untuk dilalui termasuk bahagian “5 bintang” di Mons-en-Pèvèle selepas 211.3 km dan Le Carrefour de l ‘Arbre selepas 242.8 km, di mana detik penentu edisi 2023 berlaku antara Wout van Aert dan MVDP.