Nidzam Jamil akui pembangunan atlet muda penting di MotoMini Malaysia

Bukan bolasepak tetapi sukan permotoran.

Tarmac Sports sempat menemubual bekas pemain bolasepak kebangsaan (2000-2003) dan jurulatih professional negara, Nidzam Jamil ketika pusingan ke-2 FIM MotoMini Malaysia 2026 di Litar Horizon, Beranang. Menarik untuk kita lihat satu figura yang terkenal dikalangan peminat bolasepak kini memasuki arena sukan permotoran.

Sebagai seorang jurulatih bolasepak dan bekas pemain, semestinya Nidzam Jamil mempunyai cara pemikiran berbeza, cara olahan bagaimana membantu pasukan, pengurusan dan pelbagai aspek ditahap tertinggi. Beliau juga mempunyai perniagaan sendiri, The Stadium di Semenyih yang diusahakan bersama isteri. NJ Racing Team menyertai kategori SIC Ohvale Junior Championship dibarisi oleh Fayyadh Anaqi #22 dan Safiuddin Shaharizan #28

Secara jujurnya saya tidak berubah bidang, tetapi menambah bidang baru dan saya masih lagi seorang jurulatih bola sepak. Sokongan yang diberikan kepada dua pelumba muda ditahap pembangunan boleh dianggap secara kebetulan. Pelumba-pelumba ini berada ditempat saya membesar, Semenyih, Kajang dan saya melihat mereka ini seperti mana semasa saya kecil dahulu dimana perlu ada bola dan bantuan.

Saya memehami kos sukan permotoran agak besar dan saya mula menyukai sukan permotoran sedikit demi sedikit. Saya, isteri dan syarikat mengambil keputusan untuk tampil bantu dari segi kewangan dan beberapa perkara. Jadi dari situ tercetusnya NJ Racing Team.

Kami turut bertanyakan dari sudut cara berfikir sebagai satu pasukan dan seorang atlit, ini jawapan Nidzam Jamil.

Saya rasa jika dibandingkan dengan 3-4 tahun lepas, tahun ini sangat tersusun dan tidak masuk akal seperti mana professional lain buat dalam skala pembangunan. Ia sebuah platform yang baik bukan sahaja untuk atlit tetapi untuk ibu bapa, pelabur untuk buka mata ini bukan sahaja sukan tetapi perniagaan yang baik untuk semua orang.”

Safiuddin kini berada dikedudukan ke-4 dengan 44 mata mana kala Fayyadh Anaqi berada di kedudukan ke-5 dengan 42 mata selepas pusingan ke-2 berlangsung pada 21 Jun 2026 lepas.

Saksikan pusingan ke-3 FIM MotoMini esok 5 Julai dari Litar Horizon Beranang.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related