Malaysia Pro Cycling Team (MPC) yang mengesahkan penyertaan dalam edisi PETRONAS Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024 mempunyai perancangan tersendiri. Disebalik jadual yang padat dalam pelbagai acara, pengarah pasukan Mohd Sayuti Zahit memberi gambaran mengenai perjalanan pasukan sebelum LTdL bermula.
“Alhamdullillah persediaan berjalan dengan baik, dimana Team MPC sekarang berada di China untuk menyertai Tour of Trans – Himalaya UCI 2.2 akan berlangsung pada 23 hingga 25 Ogos 2024.
“Selepas satu minggu balik dari China, pasukan akan ke Oman untuk menyertai Tour Of Salalah UCI 2.2 yang akan berlangsung pada 6 hingga 12 September 2024. Selepas itu team akan balik ke Kuala Lumpur dan pada 18/9/2024 team akan bergerak last training camp. Dimana team akan buat recce route stage 1 hingga stage 4.” – Sayuti Zahit
Menurut Sayuti, MPC akan menetap di Langkawi sehingga LTDL bermula. Barisan pelumba belum ditetapkan dan hanya akan diumumkan selepas Tour of Salalah, Oman.
Tiga peringkat LTdL diadakan di utara bermula dengan Stage 1 Langkawi – Langkawi (96.5km), Stage 2 bermula dari Arau – Butterworth (154.5km) dan Stage 3 dari Taiping – Cameron Highlands (170.3km).
Malaysia bakal diwakili oleh tiga pasukan dimana dua pasukan berkelas UCI Continental Team, Terengganu Cycling Team (TSG), Malaysia Pro Cycling (MPC) dan Pasukan Kebangsaan Malaysia dengan jumlah keseluruhan adalah 12 pelumba negara.


