MotoGP Launch 2025, ini bagaimana anda boleh ikuti sesi pelancaran

Malaysia MotoGP Official Test yang berlangsung pada 5 hingga 7 Februari telah pun tamat dan satu lagi ujian menanti di Buriram pada 12 dan 13 Februari. Namun ada sesuatu yang lebih besar menanti anda iaitu majlis pelancaran MotoGP 2025 di ibu kota Bangkok.

Apa yang menarik?

MotoGP sedang mengambil alih Bangkok! Pelancaran akan berlangsung di One Bangkok, sebuah pembangunan baharu di tengah-tengah bandar. Di sana, setiap pelumba dan pasukan akan naik ke pentas untuk menyapa para peminat, bersama-sama dengan beberapa peluang tambahan untuk bertemu dengan mereka serta pelbagai muzik dan persembahan disediakan. Para pelumba juga akan  berarak masuk dengan motosikal sebagai sebahagian daripada persembahan jalanan!

Bila diadakan?

Ahad, 9 Februari. Acara langsung adalah dari pukul 16:30 hingga 18:30 mengikut waktu tempatan atau 17:30PM hingga 19:30Pm waktu Kuala Lumpur.

Di lokasi, terdapat ‘Hero Walk’ di mana peminat boleh melihat bintang-bintang secara dekat, mengambil beberapa selfie dan mendapatkan autograf. Keseluruhan acara juga dilengkapi dengan pelbagai hiburan tambahan, termasuk Warm Up DJ dari pukul 3:30 petang waktu tempatan dan kemudian persembahan muzik pada waktu petang dari pukul 18:45 – menampilkan bintang tempatan Ally dan Slot Machine.

Sebelah malam peminat boleh melihat sekali lagi pelumba-pelumba MotoGP. Pelumba akan berjalan di atas permaidani merah dari pukul 20:30 – peluang untuk peminat melihat mereka berpakaian terbaik – sambil menuju ke acara peribadi di atas bumbung.

Bagaimana anda boleh tonton?

Pelancaran ini akan disiarkan secara langsung di platform MotoGP dan anda boleh ikuti beberapa temubual dan video-video menarik bersama individu penting semasa majlis pelancaran berlangsung di platform Tarmac Sports terutama di Facebook, Instagram dan TikTok.

Boleh saya hadir?

Anda boleh hadir. Ia percuma, tidak memerlukan tiket, dan tidak perlu memohon untuk masuk atau apa-apa lagi. Datang ke One Bangkok pada 9 Februari dan anda boleh menjadi sebahagian daripada acara ini secara percuma.

Pastikan anda menonton pada hari Ahad ini untuk sebuah persembahan yang tidak akan dilupakan bagaimana MotoGP mengambil alih Bangkok!

Jika anda datang, jumpa anda di sana!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related