Pihak MotoGP telah mengemas kini secara rasmi prosedur penggunaan pit lane dalam peraturan kejohanan selaras dengan protokol kemasukan pit lane yang diperkenalkan oleh Race Direction menjelang Grand Prix Perancis sebelum ini.
Di bawah peraturan baharu itu, semua pelumba diwajibkan menggunakan laluan masuk dan keluar pit lane yang telah ditetapkan sepanjang semua sesi di litar termasuk perlumbaan.
Laluan tersebut ditandakan menerusi garisan putih putus-putus dan pelumba perlu memasuki pit lane melalui jalan masuk rasmi sebelum melintasi titik masa (timing point) yang ditetapkan.
Selain itu, setiap litar turut mempunyai maklumat khusus yang dikeluarkan oleh Race Direction berhubung laluan yang dibenarkan dan kawasan yang dilarang digunakan oleh pelumba.
Sekiranya pelumba gagal melintasi garisan putih putus-putus yang ditetapkan atau tidak menggunakan keseluruhan laluan rasmi masuk atau keluar pit lane, panel Stewards berhak mengenakan hukuman yang bersesuaian mengikut tahap kesalahan.
Langkah tersebut dilihat sebagai usaha untuk memperjelaskan prosedur kemasukan ke pit lane serta meningkatkan aspek keselamatan dan keseragaman penguatkuasaan peraturan di semua litar dalam kalendar MotoGP.


