Buriram (Thailand) , 25 oktober – Pasukan Monster Energy Yamaha dalam persediaan rapi bagi memberikan saingan dalam cabaran Pusingan ke-18, Grand Prix Thailand yang akan diadakan pada hujung minggu ini.
Selepas menamatkan saingan dengan menduduki tangga ke-13 selepas berhempas pulas di GP Australia minggu lalu, Pelumba jentera Yamaha, Fabio Quartararo mengharapkan dapat kekal pamerkan aksi terbaik di hadapan peminat tempatan yang hadir.
“Selepas hujung minggu yang agak mencabar, kami agak teruja untuk berdepan dengan perlumbaan back-to back supaya kami dapat membandingkan data dari trek yang berbeza. Saya amat menyukai litar Chang, dan tidak sabar untuk merasai sambutan yang hangat di sana.
“Kami juga mengharapkan cuaca berada di pihak kami supaya kami dapat melakukan yang terbaik dan dapat memberikan keseronokan maksima kepada penonton yang hadir pada perlumbaan nanti,” jelasnya.
Sementara itu, turut mempunyai hasrat yang sama, Alex Rins berharap perlumbaan pada minggu ini dapat memberi kelebihan kepada pasukannya untuk memperbaiki kesilapan pada perlumbaan lalu bagi meletakkan diri di dalam kelompok 10 terbaik.
“Pada GP minggu lalu, pasukan kami berdepan sedikit cabaran dalam sesi Sprint, dan meskipun prestasi bertambah baik pada hari Ahad, ianya masih tidak cukup kerana kami masih berada di luar kelompok 10 terbaik selain ketinggalan dari segi kelajuan jika dibandingkan dengan pesaing lain.
“Grand Prix Thailand kali ini juga merupakan peluang terbaik untuk memastikan sama ada penambahbaikan pada perlumbaan lepas dapat diaplikasikan pada litar yang berbeza dan dalam masa yang sama memperbaiki prestasi jentera kami,” katanya.
Dalam sesi latihan sebentar tadi Fabio Quartararo menamatkan sesi di P12 dengan catatan masa 1:29.756 dan Alex Rins di P18 1:30.198. Kedua-dua Fabio Quartararo dan Alex Rins akan ke Q1 untuk sesi kelayakan esok.
Pada hari Sabtu, sesi FP2 akan bermula dari pukul 10.10 pagi hingga 10.40 pagi, diikuti dengan sesi kelayakan dari 10.50pagi sehingga 11.30pagi, sebelum perlumbaan Sprint 13-pusingan yang bermula pada pukul 3 petang.
Pada hari Ahad, sesi Pemanasan (Warm Up) akan diadakan dari pukul 10.40 pagi hingga 10.50 pagi dan Perlumbaan 26 pusingan akan bermula pada pukul 3 petang.
Fabio Quartararo :
“Ia bukan hari Jumaat yang positif untuk kami. Rentak kami dalam keadaan yang baik. Kami sudah berusaha sehabis mungkin bermula dari pusingan pertama, kami dapat melihat ada beberapa kekurangan cengkaman ketika menyerang. Kami tidak cukup pantas untuk berada di dalam kelompok ke-10. Perasaan saya ketika bercampur baur. Saya tidak menyangka untuk berada di rentak tersebut dan dalam masa yang sama untuk berada jauh dari kedudukan dalam serangan masa yang pertama.
Alex Rins :
“Sudah pasti, hari ini bukan mudah. Sukar untuk dikawal. Sesi pagi tidak begitu teruk, saya rasa okay, memandangkan saya tidak pernah menunggang di sini tahun lepas. Saya agak jauh dari kedudukan pertama dalam FP1, tetapi perasaan pertama di litar adalah baik. Namun, petang ini agak mencabar. Kami perlu terus bekerja keras.