Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Miller kecewa gagal berada di atas podium

Grand Prix Thailand 2024 menjadi saksi aksi mengagumkan apabila litar basah di Buriram menjadi pentas bagi Jack Miller dan Brad Binder menunjukkan keberanian dan kemahiran mereka dengan KTM RC16 pada Ahad.

Miller yang memulakan perlumbaan di tempat ke-15 di grid, berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-5 dan memegang kedudukan podium untuk sebahagian besar perlumbaan merasa kecewa apabila gagal untuk mengekalkan posisi. Sementara itu, Binder kekal bersama para pendahulu dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-6.

Brad Binder, ke-6:

“Saya tahu ianya amat penting untuk sampai ke depan pada awal-awal perlumbaan kerana percikan air yang banyak, dan strategi itu berhasil. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pasukan saya atas perubahan yang dilakukan kerana keadaan jentera membuatkan saya berlumba dalam keadaan selesa. Hanya sayangnya tayar mula haus dalam lap keempat hingga lima lap terakhir dan agak susah untuk keluar dari selekoh. Saya mahukan lebih lagi, tetapi dengan permulaan dari kedudukan ke-13 dan tamat di tempat ke-6, hanya itu yang kami mampu capai untuk perlumbaan hari ini.”

Sorotan Perlumbaan, Miller berjaya mencatatkan keputusan terbaiknya pada musim ini meskipun keadaan Litar Antarabangsa Chang yang sedikit licin dan agak mencabar untuk beliau memecut dan berada dalam kelompok sepuluh terbaik.

Meskipun begitu, beliau berjaya mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dalam sebahagian besar 26 lap. Manakala, Binder berada di kedudukan keenam teratas.

Jack Miller, tempat ke-5:

“Perlumbaan yang baik dan sangat panjang. Pusingan awal agak mencabar dengan semburan air dan keadaan yang agak huru-hara. Saya berjaya menempatkan diri di kedudukan ke-4 dan apabila Marc terjatuh, saya berjaya memintas untuk berada di tempat ke-3 buat seketika. Saya benar-benar mengalami kesukaran di bahagian depan kerana tayar depan sudah terlalu panas, dan hampir semua kelajuan saya hilang.

“Dengan tiga pusingan lagi, tayar sudah tiada cengkaman dan saya terus dikejar. Saya telah memberikan yang terbaik untuk berada di podium, tapi tidak kesampaian. Walaupun begitu, ia adalah perlumbaan yang baik dan konsisten buat saya, cuma mungkin tekanan untuk mara ke depan memberikan kesukaran tambahan pada tayar. Saya benar-benar mahu untuk berada di podium itu.

MotoGP akan terus beraksi di cuaca tropika Asia Tenggara untuk perlumbaan kedua terakhir pada tahun ini yang dijadualkan berlangsung pada 1 hingga 3 November ini di Litar Antarabangsa Sepang bagi kejohanan Grand Prix Malaysia.

Berikut merupakan keputusan yang melibatkan pelumba Red Bull KTM Factory Racing di Litar Buriram pada Ahad;

Keputusan MotoGP Grand Prix Thai

  1. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati – 43:38.108
  2. Jorge Martin (ESP) Ducati +2.905
  3. Pedro Acosta (ESP) GASGAS +3.800
  4. Fabio Di Giannantonio (ITA) Enduro Pertamina VR46 +4.636
  5. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing +5.532
  6. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing +5.898
    DNF. Augusto Fernandez (ESP) GASGAS

Kedudukan Kejuaraan Dunia MotoGP

  1. Jorge Martin (ESP) Ducati – 453 mata
  2. Francesco Bagnaia (ITA) Ducati – 436 mata
  3. Marc Marquez (ESP) Ducati – 356 mata
  4. Brad Binder (RSA) Red Bull KTM Factory Racing203 mata
  5. Pedro Acosta (ESP) GASGAS – 197 mata
  6. Jack Miller (AUS) Red Bull KTM Factory Racing82 mata
  7. Augusto Fernandez (ESP) GASGAS – 21 mata

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related