Michelin Power Slick akan dilengkapi pada jentera berkuasa Ducati untuk 2024 dimana sukan lumba itu ke arah masa depan yang lebih hijau.
Selaras dengan semangat perintis mereka, Michelin telah memperkenalkan tayar terobosan untuk Kejohanan Dunia MotoE™ 2024. Ini menandakan satu lagi langkah ke arah masa depan yang lebih mampan dan mesra alam untuk sukan itu.
Kelas elektrik, yang dikuasakan oleh jentera Ducati, kini menampilkan tayar ‘sleek’ baharu yang dihasilkan daripada lebih 50% bahan boleh diperbaharui atau dikitar semula (Depan: 49%, Belakang: 53%), dengan tayar itu mula diperkenalkan semasa Latihan Bebas di GP Portugal.
Anda boleh menonton di laman YouTube Michelin Motorsports:
Sebagai pembekal tayar eksklusif kepada MotoE™, Michelin melihat MotoE™ sebagai peluang utama untuk inovasi, kerana ia bersiap sedia untuk perubahan landskap mobiliti dua roda. Pusat proses pembangunan mereka ialah analisis yang berkuasa dan data pintar.
Michelin yakin tayar ini bukan sahaja akan menyumbang kepada kelestarian alam sekitar tetapi juga membawa kepada masa pusingan yang lebih pantas, dakwaan yang disokong oleh sesi ujian yang dijalankan di Portimao semasa pramusim.
Ikuti perkembangan MotoE di semua platform Tarmac Sports.