Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Michele Pirro bakal menggantikan Fabio Di Giannantonia di Barcelona

Pertamina Enduro VR46 Racing Team telah mengumumkan bahawa Ducati Test Rider, Michele Pirro, bakal menggantikan tempat Fabio Di Giannantonio di Motul Solidarity Grand Prix of Barcelona hujung minggu ini.

Di Giannantonio yang dimaklumkan masih dalam proses pemulihan selepas menjalani pembedahan di bahagian bahunya itu dilaporkan sedang mempersiapkan diri bagi menghadapi tahun 2025.

Sebelum ini, tempat Di Giannantonio digalas oleh Andrea Lannone yang membuat kemunculan semula di pusingan kedua terakhir, Grand Prix Malaysia pada 3 November lalu.

Namun kali ini, Pirro bakal mengambil alih tanggungjawab tersebut dan akan menduduki kotak VR46 bersama rakan sepasukan, Marco Bezzechi di Litar de Barcelona-Catalunya menjelang sesi ujian rasmi pertama bagi musim 2025 nanti yang dijadualkan berlangsung pada 19 November (Selasa) ini.

Dengan sistem konsesi baharu yang diperkenalkan bagi kempen 2024, penampilan Pirro di GP Barcelona ini merupakan penampilan pertamanya semenjak GP Jepun pada tahun 2023.

Terdahulu, Di Giannantonia terlibat dalam satu kemalangan ketika sesi latihan di Grand Prix Austria pada pertengahan bulan Ogos tahun ini yang turut memaksa beliau untuk terlepas beberapa perlumbaan termasuk GP Austria tersebut.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related