Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Max Poole cipta sejarah di Le Tour de Langkawi 2024, musim ini dijangka lebih hangat?

Le Tour de Langkawi 2024, yang berlangsung dari 29 September hingga 6 Oktober tahun lalu, mencatat sejarah baharu apabila Max Poole dari pasukan Team DSM-Firmenich PostNL menjadi pelumba British kedua memenangi perlumbaan ikonik ini.

Dengan catatan masa keseluruhan 26 jam 27 minit dan 22 saat pada edisi ke-28 perlumbaan basikal terkemuka di Asia ini, Max Poole menampilkan prestasi luar biasa, mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang pelumba terhebat musim ini.

Poole mendahului Thomas Pesenti (JCL Team Ukyo) yang ketinggalan hanya 12 saat di tempat kedua, manakala Unai Iribar (Equipo Kern Pharma) menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, 20 saat di belakang Poole.

Antara momen menarik yang diingati termasuk peringkat pembukaan perlumbaan, yang bermula dan berakhir di Kuah, Langkawi, Kedah merangkumi jarak sejauh 96.5 kilometer. Peringkat kedua pula membawa pelumba dari Arau ke Butterworth, Perlis dengan jarak 154.5 kilometer, dimenangi oleh Matteo Malucelli.

Laluan paling mencabar diadakan pada peringkat ketiga, di mana pelumba perlu menempuh pendakian sukar sejauh 170.3 kilometer dari Taiping, Perak ke Cameron Highlands, Pahang. Sementara itu, perlumbaan terakhir di peringkat kelapan yang berlangsung di Bintulu, Sarawak, sejauh 147.5 kilometer, menyaksikan Malucelli sekali lagi mempamerkan kehebatannya dengan pecutan luar biasa yang memberikannya kemenangan.

Prestasi cemerlang oleh Mario Aparicio dari pasukan Burgos BH turut menjadi tumpuan utama perlumbaan apabila beliau meraih gelaran Raja Bukit selepas mendominasi pendakian dalam perlumbaan ini.

Melangkah ke musim 2025, LTDL dijangka kembali pada 28 September sehingga 5 Oktober tahun ini dengan Perlumbaan Jalan Raya Peringkat 1 sebagai aksi pembukaan seperti yang dimaklumkan oleh pihak Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) menerusi laman web rasmi mereka.

Namun, setakat ini tiada maklumat rasmi mengenai lokasi yang bakal mengadakan pecutan terakhir. Memetik laporan New Straits Time, pada 27 November lalu Kerajaan kedah ada menyusulkan cadangan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengenai lokasi peringkat akhir Le Tour de Langkawi tahun 2025 untuk diadakan di Kedah bersempena Tahun Melawat Kedah 2025. Bagaimanapun, jawapan rasmi ekoran kenyataan tersebut masih belum diterima.

Berita lanjut menyusul…

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related