Setelah lebih dari dua tahun, Maverick Vinales akhirnya menutup jurang, dan memenangi perlumbaan bersama Aprilia di perlumbaan Sprint GP Portugal. Satu penantian yang sememangnya dinantikan buat pelumba Sepanyol tersebut. Kali terakhir Maverick Vinales memenangi perlumbaan MotoGP adalah ketika bersama Yamaha, di GP Qatar pada tahun 2021.
Maverick Vinales berjaya mendahului perlumbaan di pusingan ke-12 apabila Pecco Bagnaia melakukan kesilapan, dan sedikit terlajak di selekoh 1. Vinales berjaya mempertahankan posisi walaupun Jorge Martin dan Marc Marquez memberi tekanan, dan tidak jauh di belakang jentera Aprilia RS-GP itu.
“Akhirnya, sungguh menakjubkan untuk melakukan kemenangan pertama saya dengan Aprilia. Itu gila.”
Mengulas mengenai perlumbaan Sprint di GP Portugal,
“Hari ini, sangat mencabar. Banyak saingan. Tetapi itulah perlumbaan Sprint.”
“Saya sangat gembira kerana akhirnya berjaya menutup penantian ini (bersama Aprilia). Saya sangat lega dan saya gembira kerana dapat mempamerkan keyakinan dan potensi besar yang kami miliki.”
“Saya benar-benar boleh membrek dengan baik dan saya boleh menggunakan potensi tayar hadapan. Jadi, saya boleh lebih kompetitif di mana-mana di trek.”
Turut menambah, ini adalah kelebihan yang jelas berbanding dengan perlumbaan di Qatar dua minggu lalu.
“Di Qatar, saya tidak dapat menggunakan tayar dengan cara yang betul. Itu adalah perbezaan yang ketara kerana saya boleh mengunggang dengan lebih baik, lebih fokus dan terutamanya saya boleh membrek sangat lewat, yang merupakan salah satu kelebihan saya. Kemudian juga boleh mengangkat kembali jentera dengan cepat. Semuanya membolehkan tayar itu tahan lebih lama.”
“Perlumbaan Sprint agak cepat hari ini (3 saat lebih cepat daripada tahun lalu). Tetapi tayar belakang tidak haus jadi saya boleh terus ‘pergi’ lagi.”
Turut akui Pecco Bagnaia sangat laju dan beliau hanya menantikan peluang yang ada, dan cuba untuk merapatkan jurang. Apabila Pecco melakukan kesilapan, Maverick menggunakan peluang tersebut untuk memintas.
“Jika saya terus menunggang seperti ini, akan sukar bagi orang di belakang untuk memintasi saya”.
“Kami berlumba lebih keras dalam sprint daripada perlumbaan Grand Prix”.
“Biasanya dalam sprint adalah tempat saya paling bergelut, jadi untuk membuat kemenangan dalam sprint adalah luar biasa. Saya menanti untuk perlumbaan esok kerana tentunya untuk melakukan kemenangan bergantung pada banyak perkara. Tetapi kami mempunyai peluang untuk melakukannya dan itu bagus.”
Walaupun banyak pertikaian mengenai sama ada perlumbaan Sprint ini boleh dikira sebagai salah satu kemenangan setara dengan perlumbaan rasmi Grand Prix yang membolehkan Maverick Vinales bergelar pelumba yang memenangi perlumbaan dengan tiga jentera berbeza – menjadi pelumba pertama mengalahkan Jack Miller dan Alex Rins, kata Maverick,
“Dalam fikiran saya saya sudah melakukannya! Tetapi tentu saya mahukan kemenangan Grand Prix, dan juga untuk pasukan. Jika bukan di sini, akan berlaku di trek lain.”