Matteo Bertelle raih petak pertama

Sesi kelayakan Moto3 pertama musim 2025 di Litar Antarabangsa Chang, Buriram menyaksikan Matteo Bertelle menunaikan janjinya selepas aksi cemerlang dalam sesi latihan, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai pencabar utama dalam saingan hari ini.

Pelumba Level Up-MTA itu mempamerkan kepantasan luar biasa dalam keadaan cuaca panas untuk meraih petak pertamanya menjelang aksi perlumbaan Grand Prix Thailand yang dijadualkan esok.

Selepas mencatat masa terpantas dalam sesi latihan kedua pada hari ini , Bertelle sekali lagi membuktikan keunggulannya dengan catatan masa 1 minit 40.400 saat di atas jentera KTM. Dengan catatan itu, dia berjaya meraih petak utama buat kali pertama dalam kariernya.

Persaingan sengit turut memperlihatkan Stefano Nepa melakukan pecutan di saat akhir untuk meraih tempat kedua. Pelumba SIC58 Squadra Corse itu, yang sebelum ini meninggalkan pasukan Level Up-MTA, menjadi pelumba Honda terpantas, hanya ketinggalan 0.082 saat di belakang Bertelle.

Sementara itu, Jose Antonio Rueda membuktikan prestasi cemerlangnya sejak ujian pramusim di Jerez bukan sekadar kebetulan. Dia mencipta rekod baharu litar dalam FP2, sebelum meneruskan rentak laju di Q2, di mana dia sempat mendahului sebelum menamatkan sesi di tempat ketiga.

Dalam pada itu, Scott Ogden (CIP Green Power) mencuri tumpuan apabila cuba memperbaiki catatan masa pada pecutan di saat-saat akhir melonjak dari luar kelompok 10 terbaik ke tempat keempat selepas bendera penamat dikibarkan. Ini merupakan pencapaian memberangsangkan buat pelumba Britain itu dalam sesi kelayakan pertamanya menggunakan jentera KTM.

Sementara itu, Luca Lunetta turut mempamerkan ketangkasannya dengan aksi agresif di barisan hadapan, yang juga merupakan litar sama beliau meraih podium pada Oktober lalu. Pelumba kedua SIC58 itu menamatkan sesi di tempat kelima, melengkapkan hari gemilang buat pasukan apabila kedua-dua pelumbanya berjaya menempatkan diri dalam lima kedudukan terbaik.

Aksi Moto3 akan diteruskan dengan saingan perlumbaan yang dijadualkan pada hari Ahad sekitar 1 petang waktu tempatan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related