Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Masalah Tangki & Insiden Sesi Kelayakan Jejaskan Peluang Bagnaia

Kempen mempertahankan kejuaraan Pecco Bagnaia dalam MotoGP 2025 mengalami tamparan hebat pada hari Sabtu di Grand Prix Qatar, selepas terjatuh dalam sesi kelayakan dan menamatkan perlumbaan sprint di tempat kelapan—yang juga merupakan kedudukan terakhir dalam kalangan enam pelumba Ducati. Walaupun beliau menegaskan bahawa kelajuan dan prestasinya masih bagus, gabungan masalah tetapan, posisi grid yang kurang baik, serta kesilapan kritikal telah menyebabkan kehilangan mata kejuaraan yang berharga—dan sekali lagi menghidupkan semula isu yang berlarutan berkaitan jentera Ducatinya.

Segalanya bermula ketika sesi kelayakan, di mana percubaan pertama yang mengecewakan memaksa Bagnaia untuk ‘push’ dengan lebih agresif dalam percubaan kedua. Walaupun memulakan sektor pertama dengan pantas, beliau terjatuh di selekoh keempat dan hanya mampu bermula dari petak ke-11.

“Saya messed up—tidak, saya f***ed up,” akui Bagnaia secara jujur. “Dalam kelayakan, percubaan pertama langsung saya tidak rasa bagus, dan dalam percubaan kedua saya terlalu ‘push’. Saya sebenarnya lebih pantas daripada catatan terbaik saya sebelum ini, tapi saya hilang kawalan belakang, kemudian depan. Memang salah saya sepenuhnya.”

“Dalam situasi macam ini, bila percubaan pertama dah tidak menjadi, sepatutnya saya lebih tenang. Tapi saya nak cuba, dan itu masanya—malangnya saya jatuh.”

Perlumbaan sprint juga tidak banyak membantu. Bagnaia gagal mempamerkan aksi pemotongan seperti biasa yang sering ditunjukkannya pada hari Ahad. Masalah utama, katanya, berpunca daripada tangki bahan api khas untuk perlumbaan sprint—satu isu yang telah disebutnya sejak tiga musim lalu.

“Dah tiga musim kita buat sprint dan saya sentiasa susah nak potong pelumba lain. Bila saya berada di belakang, saya tidak boleh brek seperti yang saya nak. Puncanya masih sukar difahami, sebab perbezaannya hanya pada tangki minyak – tapi saya seorang sahaja yang rasa benda ni.”

“Masalahnya, dari sudut saya – prestasi saya datang dari brek. Bila saya boleh brek kuat dan masuk selekoh laju, saya jadi pantas. Tapi dengan tangki khas sprint ni, imbangan motor jadi lain, saya tidak boleh brek seperti biasa sebab tayar depan mudah terkunci. Itu masalah terbesar saya.”

Walaupun menamatkan perlumbaan sebagai pelumba Ducati terakhir, Bagnaia tetap berpuas hati sekurang-kurangnya berjaya mengutip dua mata – sesuatu yang dianggap lebih baik daripada tidak mendapat apa-apa.

“Saya tahu dua mata [untuk tempat kelapan] sangat rendah memandangkan [saya boleh menang] – tapi lebih baik daripada kosong. Kita kena realistik dan sentiasa cuba habiskan perlumbaan.”

“Sekurang-kurangnya kami ambil dua mata dalam hari yang mungkin patut kosong. Kami tahu setiap mata itu penting dan kami perlu teruskan macam ni. Tapi untuk masa depan, kami perlu perbaiki – sebab tidak boleh nak tamatkan perlumbaan di tempat kelapan kalau lawan pelumba seperti Marc.”

Bagnaia memulakan hujung minggu dengan hanya 12 mata di belakang pendahulu kejuaraan, tetapi selepas kemenangan sprint oleh Marc Marquez, jurang itu kini melebar kepada 21 mata. Namun begitu, Bagnaia masih yakin hari Ahad akan membawa sinar harapan.

“Saya lebih yakin untuk esok sebab saya tahu potensi dan kelajuan saya jauh lebih baik untuk perlumbaan penuh.”

“Esok saya akan potong 10 pelumba dalam satu pusingan, saya akan cuba. Rekod baharu.”

Sekiranya dia berjaya melaksanakan rancangannya itu, perlumbaan Ahad mungkin menjadi peluang penebusan buat Bagnaia. Tetapi jika masalah sedia ada masih berlarutan, ancaman terhadap kejuaraannya pasti akan terus meningkat.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related