Saya akan berikan seratus peratus, itu apa yang dikatakan oleh Pelumba Prima Pramac Racing, Jorge Martin menjelang pertembungannya bersama Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia dalam perebutan trofi Juara Dunia MotoGP yang akan berlangsung hujung minggu ini.
Pertembungan yang dinanti-nantikan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PSIC) itu turut menyaksikan kedua-dua pelumba itu mempamerkan keyakinan mereka yang tersendiri menjelang perlumbaan penentuan itu.
Jorge Martin:
“Dari pihak saya, saya dalam keadaan baik dan yakin. Bagi saya ianya merupakan satu privillege untuk berada di sini lagi. Saya merasakan ianya amat luar biasa untuk berada disini selepas setahun dimana kami berdua bertarung untuk kejuaraan MotoGP. Saya sangat yakin, saya dalam keadaan baik. Saya sudah melaksanakan tugas saya dan saya akan berjuang sehabis baik untuk pasukan saya, orang sekeliling saya dan diri saya.
“Saya berasa sangat bersemangat untuk berada disini lagi, saya rasa apa yang saya rasakan pada akhir enam pusingan saya merasa sangat gementar sama seperti apa yang saya rasakan ketika di Qatar. Saya merasa tertekan dan terpaksa bergelut dengan perasaan itu.
“Tahun ini, tekanan itu masih ada. Namun, tahun ini saya sudah semakin matang dan dapat mengawal perasaan itu. Saya tahu saya tidak boleh kalah dan saya juga tidak boleh menang. Tahun lepas, saya terpaksa menghadapi kekalahan dan tiada apa yang terjadi. Ianya bukan pengakhiran dunia buat saya, saya akan berikan 100 peratus untuk mendapatkan trofi untuk musim ini,” katanya ketika sesi sidang media, petang tadi.

Sementara itu, Pecco Bagnaia pula mengharapkan dapat mengurangkan kesilapannya untuk menambah mata demi merapatkan jurang kedudukannya dengan Martin.
“Saya tahu hujung minggu ini amat penting untuk saya dan pasukan. Kami harus mula berkerja selepas mendahului di Thailand dan hujung minggu ini memainkan peranan penting untuk kami terus menambah mata penting,” jelasnya.
Edisi Ke-25 Petronas Grand Prix Of Malaysia akan secara rasmi membuka tirai bermula 1 November 2024 sehingga 3 November ini di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang, selaku pusingan ke-19 dalam Kalendar MotoGP.


