Martin cedera, Raul Fernandez terpaksa tinggalkan winter test lebih awal

Hari pertama sesi ujian winter (winter test) menyaksikan dua pelumba yang menjadi tumpuan musim ini terlibat dalam kemalangan, mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan pasukan masing-masing.

Jorge Martin dan Raul Fernandez terpaksa dikejarkan ke hospital sejurus selepas mengalami kemalangan dalam sesi ujian tersebut.

Sekitar jam 11:50 pagi, Martin sekali lagi terbabit dalam kemalangan di Selekoh 2, menyebabkan bendera merah dikibarkan buat beberapa minit. Meskipun tidak mengalami kecederaan serius, pelumba Sepanyol itu tetap dibawa ke hospital tempatan bagi menjalani pemeriksaan lanjut selepas dilaporkan mengalami kesakitan pada tangan dan kakinya. Insiden tersebut turut menamatkan sesi ujiannya lebih awal dengan hanya sempat mencatatkan masa terpantas di selekoh kelima, 2:01.321 saat.

Turut berdepan nasib yang sama, Raul Fernandez, yang mengemudi jentera Trackhouse musim ini, mengalami keretekan kaki dan patah tulang metakarpal di tangan kiri akibat kemalangan pagi tadi sekaligus tidak dapat menghabiskan sesi winter test. Ketika ini, pasukannya dimaklumkan sedang meneliti pilihan rawatan terbaik bagi pelumba Sepanyol itu.

Dalam perkembangan lain, rakan sepasukan Fernandez, Ai Ogura, yang sebelum ini meraih kedudukan keempat dalam sesi ujian shakedown beberapa hari lalu, turut mengalami kemalangan, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Fabio Di Giannantonio juga mengalami kemalangan tetapi berjaya kembali ke paddock dengan menaiki skuter, menunjukkan keadaannya tidak terlalu membimbangkan.

Sementara itu, pelumba Monster Energy Yamaha MotoGP, Fabio Quartararo, menepati ramalan dengan mempamerkan prestasi cemerlang setakat sesi sebelah pagi. Beliau menamatkan sesi ujian sekitar jam 12:30 tengah hari sebagai pelumba terpantas dengan catatan masa 1:57.754 saat. Keputusan winter test setakat 10.00 pagi hingga 2.00 petang boleh didapatkan disini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related