Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marcos Uriarte bakal warnai barisan pelumba Moto3 Mlav Racing musim depan

Menjelang musim baharu MotoGP, Michael Laverty secara rasmi mengumumkan barisan pelumba Moto3 yang bakal berentap bagi Mlav Racing di Kejohanan Dunia MotoGP untuk musim 2025.

Pasukan itu mengesahkan sudah menandatangani pelumba muda dari Sepanyol, Marcos Uriarte untuk kempen musim depan bagi menggantikan Scott Ogden yang dimaklumkan sudah berpindah ke pasukan CIP pada tahun hadapan.

Uriarte juga merupakan pelumba yang pernah menyertai perlumbaan siri JuniorGP pada musim ini dengan kejayaan meraih lima podium daripada 12 perlumbaan, walaupun tidak memperoleh sebarang kemenangan, pelumba muda itu berjaya menempatkan diri dalam kedudukan ke-5 terbaik kejuaraan.

Meskipun pelumba berusia 20 tahun itu tidak pernah menyertai Kejohanan Red Bull MotoGP Rookies cup seperti kebanyakan pelumba muda yang lain, Uriarte pernah mengambil bahagian dalam satu pusingan wildcard di Kejohanan Dunia MotoGP tahun ini di Solidarity Grand Prix of Barcelona, di mana beliau menamatkan perlumbaan di tempat terakhir daripada 25 pelumba bersama jentera CFMoto Aspar miliknya.

Untuk musim 2025, Uriarte dimaklumkan akan bergandingan dengan Eddie O’Shea, yang menggantikan tempat Josh Whatley dalam lima perlumbaan terakhir bagi musim 2024. Ini turut menandakan pasukan tersebut terus menjadi laluan utama bagi pelumba muda berbakat dari Britain untuk melangkah ke peringkat seterusnya menerusi perlumbaan Grand Prix.

Walaupun pasukan MLav Racing sering dilihat sebagai platform untuk membawa pelumba berbakat dari Britain ke Kejohanan Dunia. Namun, Uriarte bukanlah pelumba berbangsa British yang pertama pernah menyertai pasukan ini. Sebelum ini, Marco Morelli dari Argentina pernah berlumba untuk MLav dalam European Talent Cup tahun lalu.

Selain Uriarte yang pernah berlumba dalam siri JuniorGP musim ini, Mlav Racing turut mendatangani bekas pemenang perlumbaan Moto3, Dennis Foggia dan Max Quiles yang juga merupakan anak didik kepada Marc Marquez.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related