Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marc Marquez Bersama Ducati: “Perlu Berlatih, dan Terus Berlatih”

Juara Dunia 8-kali, Marc Marquez masih cuba untuk memahami jentera Ducati selepas beralih dari jentera Honda sebelum ini. Marc Marquez menamatkan hari terakhir ujian rasmi pra-musim MotoGP di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang di tempat ke-6 dengan catatan masa 1’57.270.

“Hari pertama yang sukar (di Sepang). Saya mempunyai masalah teknikal di hari pertama. Tiap kali saya keluar ke litar, saya akan ke ‘service road’ empat kali.”

“Jentera ini (Ducati) sangat berbeza dengan Honda. Honda menggunakan banyak tayar hadapan, manakala Ducati pula tayar belakang. Saya sudah terbiasa menunggang seperti menunggang Honda. Saya perlu menyesuaikan diri dengan jentera, dan cuba dapatkan semaksimum mungkin apabila menunggang Ducati.”

“Saya menunggang Ducati seperti Honda, saya perlu membuang tabiat selama 11 tahun bersama jentera lama. Ini agak sukar. Apabila anda cuba membuat masa terpantas, anda menunggang mengikut naluri, dan bila saya menunggang menggunakan naluri, saya menunggang seperti Honda. Itu bukan cara yang terbaik untuk menunggang jentera ini. Jadi, sedikit demi sedikit saya perlu terus pelajari, dan cara untuk terus pelajari adalah untuk berlatih dan terus berlatih.”

Pelumba Sepanyol itu membuat 72 pusingan bersama jentera Ducati di hari kedua, dan berjaya memperbaiki catatan masa di hari terakhir sesi ujian.

“Secara keseluruhan sesi ujian adalah positif, dan itu yang penting. Hari pertama sukar, hari kedua saya membuat banyak pusingan, dan saya berjaya merapatkan jurang, dan catatan masa saya ketika ‘time attack’ juga tidak jauh”

“Hari kedua saya membuat latihan time attack selama satu jam, di hari ketiga juga satu jam. Amat berbeza gaya tunggangan untuk membuat time attack (bersama Ducati) jika dibandingkan dengan Honda. Kami ubah beberapa perkara, juga cara tunggangan saya. Pasukan juga mula memahami saya dengan lebih baik. Saya juga ada membuat simulasi perlumbaan sprint, ada selekoh yang saya lebih laju dari ketika di time attack, jadi, ini positif.”

Di soal berkenaan apa yang perlu diperbaiki lagi,

“Saya masih kaku dijentera. Saya masih tidak boleh menggunakan sangat badan saya seperti Bastianini, Martin, ketika menunggang jentera. Pecco tidak menggunakan badannya sangat, tetapi dia laju.”

“Saya perlu memahami cara keluar selekoh, di mana anda boleh perbaiki laptime. Untuk Honda adalah apabila anda masuk selekoh, Ducati pula apabila keluar selekoh.”

Adik kepada Marc Marquez, juga rakan sepasukan di Gresini Racing musim ini, Alex Marquez, pula berkata tidak banyak bantuan yang dia berikan kepada Marc ketika di Sepang.

“Dia tidak perlukan bantuan”, gurau Alex.

“Dia bergelut di hari pertama. Apabila anda hilang hari pertama di Sepang, hari kedua ibarat cuma penangguhan. Hari kedua dia sudah semakin rapat jurang masa.”

Jorge Martin, yang juga sangat laju di sesi ujian pra-musim baru-baru ini percaya Marc Marquez akan cepat memahami Ducati dan akan memberi saingan sengit musim ini.

“Dia akan semakin hampir di hadapan. Mungkin juga dia akan bersaing untuk dapatkan kemenangan di Qatar.”

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related