Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marc-Antoine Rossi sertai Red Bull KTM MXGP bagi musim 2025

Bintang muda dari Perancis, Marc-Antoine Rossi bakal mewarnai barisan pasukan Red Bull KTM Factory Racing pada tahun 2025 selepas mengesahkan kelibatnya dalam melengkapkan barisan penuh pasukan itu dengan menunggang jentera KTM 250 SX-F dalam Kejohanan Dunia FIM MX2.

Remaja berusia 18 tahun itu dilaporkan bakal menyertai pasukan utama untuk percubaan keduanya dalam siri MX2.

“Saya sangat gembira untuk kembali menyertai pasukan Red Bull semula. Saya sangat teruja untuk musim 2025 dan tidak sabar untuk kembali ke atas jentera dan bekerja bersama Joel. Saya akan memberikan segalanya musim depan dan berharap dapat menduduki podium,” katanya.

Rossi yang sebelum ini pernah membuat penampilan sulungnya di Grand Prix di pusingan kampung halamannya pada tahun lalu telah menunjukkan aksi cemerlang selepas menduduki tangga ke-7 keseluruhan di Villars sous Ecot.

Pada musim yang sama, Rossi juga menamatkan tempat ke-7 dalam Kejohanan EMX250 walaupun terlepas tiga pusingan. Dia cemerlang dengan tiga kemenangan moto daripada keseluruhan enam podium. Prestasi, gaya, kelajuan, dan ketekunan itu membawanya ke MX2 untuk tahun 2024 di mana dia berjaya mencatat keputusan sepuluh teratas dalam empat Grand Prix pertama 2024 sebelum kecederaan lutut menghentikan kemaraannya.

Source: KTMPress

Pelumba nombor #28 itu dilaporkan akan berada di bawah bimbingan Joel Smets dan keseluruhan struktur Red Bull KTM untuk langkah seterusnya dalam laluan kerjayanya.

“Selama beberapa tahun Perancis sudah mempunyai reputasi dalam menaikkan pelumba muda yang mempunyai potensi dan Marc Antoine Rossi adalah seorang pelumba yang perlu dimasukkan dalam senarai.Beliau baru sahaja berumur 18 tetapi sudah menunjukkan potensi yang cemerlang dalam kategori EMX125 dan EMX250.

“Beliau turut menunjukkan potensinya dalam kepantasan dan kekuatannya tahun ini.Beliau mengingatkan saya kepada Tom Vialle. Bukan sahaja menggunakan nombor yang sama malah personaliti dan tingkah lakunya juga mempamerkan cita-citanya dan apa yang hendak dikecapi. Beliau juga mendengar nasihat dan menunjukkan semangat untuk belajar.

“Rossi sudah tentu memerlukan masa tetapi kami tidak mahu menekannya. Kami percaya dia mempunyai masa depan yang cerah,” ungkap Joel.

Barisan penuh Red Bull KTM Factory Racing untuk 2025 dalam kelas MXGP dan MX2 bakal terdiri daripada Jeffrey Herlings dan Lucas Coenen yang menunggang KTM 450 SX-F, serta Andrea Adamo, Sacha Coenen, Simon Lägenfelder, dan Marc-Antoine Rossi dengan KTM 250 SX-F.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related