Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Luca Marini yakin prestasi Honda lebih meningkat berbanding Yamaha

Musim MotoGP 2024 merupakan musim dimana dua syarikat pengeluar dari Jepun, Honda dan Yamaha berdepan dengan cabaran besar apabila keadaan mereka mula merosot dan terpaksa bergelut sepanjang musim lalu.

Namun, pelumba Honda Repsol, Luca Marini, menyatakan beliau percaya bahawa Honda telah membuat peningkatan lebih ketara berbanding Yamaha dalam pembangunan motosikal mereka, meskipun Yamaha memulakan musim dengan prestasi positif.

“Saya percaya peningkatan Honda jelas lebih ketara berbanding Yamaha namun kerana kami sentiasa berada selangkah di belakang mereka, yang jelas sentiasa bermula dari titik yang jauh lebih tinggi daripada kami.

“Walau bagaimanapun, saya rasa kami berjaya mengurangkan jurang,cuma masih belum setanding dengan mereka. Dan saya rasa ini juga kerana mereka terus mengembangkan pembangunan motosikal mereka sepanjang musim.

Credit : MotoGP

“Dengan kehebatan Quartararo yang serasi dengan jentera Yamaha dan beliau tahu bagaimana hendak memaksimumkan prestasinya. Motosikal itu tampak sangat sesuai dengan gaya tunggangannya, dan dia mempunyai pengetahuan mendalam tentang jentera itu.

“Sejak hari pertama saya bersama pasukan ini, saya melihat banyak perubahan. Dan tahun 2025 akan ada lebih banyak lagi perubahan. Semua orang dalam pasukan jelas bertekad untuk membawa Honda kembali semula ke kedudukan terbaik,” katanya ketika mengulas mengenai perkembangan pada musim lalu.

Dalam musim yang menyaksikan kedua-dua pengeluar Jepun ini gagal menaiki podium sepanjang 20 pusingan perlumbaan, Yamaha bagaimanapun berjaya menamatkan musim dengan 49 mata mendahului Honda dalam kategori pengeluar. Fabio Quartararo merupakan wakil terbaik pengeluar Jepun, dengan 58 mata mendahului Johann Zarco dari pasukan LCR Honda.

Walaupun Yamaha memulakan musim 2024 dengan kelebihan, Honda menunjukkan kemajuan yang signifikan sepanjang tahun. Namun, cabaran kekal untuk kedua-dua pengeluar Jepun ini dalam usaha mereka menyaingi pengeluar Eropah yang mendominasi litar MotoGP dengan saingan yang dijadualkan berlangsung pada 28 Februari di Litar Antarabangsa Chang, Thailand.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related