Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marini akui gembira bersama Honda berbanding Ducati

Luca Marini mengungkapkan kegembiraanya menamatkan musim ini di kedudukan ke-20 MotoGP bersama Pasukan Repsol Honda meskipun ianya bukan rekod terbaiknya jika dibandingkan dengan prestasinya pada musim lalu.

Pelumba itali itu turut mengatakan beliau berasa lebih gembira berbanding bersama VR46 Ducati meskipun berjaya menamatkan Kejuaraan Dunia 2023 di kedudukan kelapan, kerana Marini mengetahui dia merupakan sebahagian besar daripada projek yang berpotensi besar untuk masa depan.

“Saya tahu dengan jelas bahawa jika saya dapat membuat semua langkah dengan betul, atau penambahbaikan yang betul pada diri saya dan juga pada projek dan jentera ini, maka keputusan yang baik akan tiba tidak lama lagi.

“Dan buat masa ini, bagi saya, sama ada mendapat dua mata, kosong, atau 10 mata tidak memberikan perbezaan ketara. Tahun lalu saya tamat di tempat kelapan, tetapi saya tidak gembira.

“Jadi, tahun ini saya akan menamatkan musim di kedudukan ke-20, tetapi saya lebih gembira kerana saya tahu saya adalah sebahagian daripada projek yang boleh membantu saya untuk masa depan dan mencapai tahap untuk bertanding mendapatkan gelaran dalam beberapa tahun yang akan datang,” katanya dalam satu sesi podcast rasmi bersama MotoGP bulan lalu.

sumber : HRC

Luca Marini merupakan pelumba yang dipilih untuk menggalas tugas bagi menggantikan tempat Marc Marquez yang berpindah ke pasukan Gresini untuk pasukan Honda pada musim ini.

Setakat selepas pusingan kedua terakhir di MotoGP Malaysia 2024, Marini ketika ini menduduki tempat ke-22 dalam carta juara dunia MotoGP selepas hanya sekadar berjaya mengumpul 14 mata dengan kedudukan terbaiknya di tempat ke-12 di GP San Marino dan Thailand.

Prestasi pelumba berusia 27 tahun ini jelas berbeza jika dibandingkan pada musim 2023 apabila beliau masih bersama pasukan VR46 Ducati selepas menamatkan musim di kedudukan ke-8 dengan 201 mata dan berjaya menduduki podium sebanyak dua kali dalam aksi Grand Prix.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related