Lin Jarvis Tinggalkan Yamaha Hujung Musim 2024

Selepas 26 tahun bersama Yamaha, pengarah pasukan Yamaha MotoGP akan meninggalkan jawatannya pada hujung musim 2024.

Dalam temu bual ekslusif bersama Motorsport.com di Litar Amerika COTA, Lin Jarvis mendedahkan keputusan itu, namun tidak mendedahkan siapa yang bakal mengambil alih tempatnya.

“Ini akan menjadi musim terakhir saya di Yamaha, saya akan meninggalkannya pada akhir tahun. Saya akan putuskan kemudian apa yang akan saya lakukan untuk mengisi masa saya”

“Saya mulakan kerja di pasukan kilang pada tahun 1999. Ini adalah satu tempoh yang lama. Saya sudah berusia 66 tahun dan mula rasa letih dengan merantau. Saya telah melakukan ini selama 26 tahun, dan agak luar biasa bahawa orang yang sama memimpin satu projek, di sebuah pasukan kilang, untuk tempoh yang begitu lama. Sudah tiba masanya untuk melakukan sesuatu yang baru.”

Tambah Lin Jarvis lagi,

“Ini adalah masa yang sesuai untuk melakukan perubahan ini. Kita harus mampu menutup bab saya dan memulakan yang baru, dalam harmoni. Itu adalah penyelesaian terbaik untuk kedua-dua pihak. Kami telah mengenal pasti calon yang akan menjadi pengganti saya, walaupun belum diumumkan. Tetapi akan menjadi seorang lelaki dari Yamaha, yang akan mengambil posisi saya pada Januari tahun depan.”

Difahamkan Paola Pavesio, Pengarah Pemasaran dan Bahagian Perlumbaan Yamaha Europah akan mengambil tempat Lin Jarvis. Paola adalah seorang yang berpengalaman, berkait rapat dengan kejohanan dan sering hadir dalam acara-acara WorldSBK dan motocross.

Selepas 26 tahun, tentu banyak sumbangan kejayaan yang telah Lin Jarvis berikan kepada Yamaha. Berganding dengan Davide Brivio, mereka berjaya meyakinkan Valentino Rossi untuk menyertai Yamaha pada tahun 2004, satu titik penting ketika Rossi adalah tokoh utama Honda. Dengan Rossi sebagai asas mereka, Yamaha meraih gelaran pada tahun 2004, 2005, 2008, dan 2009, sebelum berpindah ke era dominasi Jorge Lorenzo. Kemudian, pada tahun 2021, Fabio Quartararo meraih kejuaraan sekali lagi kepada Yamaha di bawah pimpinan Lin Jarvis.

Kini, sebelum meninggalkan Yamaha, Lin Jarvis berjaya menyelesaikan pembaharuan kontrak Quartararo walaupun ketika Yamaha bukan berada di tahap yang terbaik. Selain itu, Jarvis juga dikhabarkan dalam perancangan untuk berunding dengan pasukan-pasukan bebas untuk meletakkan semula pasukan satelit Yamaha di grid, selepas tamatnya perjanjian dengan RNF pada tahun 2023.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related