Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Le Mans kekal dalam kalendar MotoGP hingga 2031

Litar ikonik Le Mans terus mencatat sejarah dalam dunia MotoGP apabila bukan sahaja memecahkan rekod kehadiran penonton pada tahun 2023, tetapi berjaya mengatasi rekod tersebut sekali lagi pada tahun 2024.

Kini, peminat sukan permotoran di Perancis boleh menarik nafas lega apabila Grand Prix Perancis disahkan kekal dalam kalendar MotoGP sehingga tahun 2031.

Setiap tahun, GP Perancis tampil sebagai antara acara paling meriah dan bertenaga, bukan sahaja kerana aksi perlumbaan yang mendebarkan, tetapi juga suasana pesta yang ditawarkan dari pagi hingga malam.

Penganjur berjaya mencipta satu standard baharu menjadikan hujung minggu perlumbaan sebagai satu pengalaman penuh hiburan untuk peminat dari seluruh dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta, turut meluahkan rasa bangga terhadap impak MotoGP di Perancis dan menyatakan ianya merupakan gelombang baharu yang turut membantu Perancis memahat nama seluruh dunia.

Perancis sudah lama mempunyai warisan hebat dalam sukan permotoran, dan kami bangga Grand Prix Perancis bukan sahaja menyumbang kepada warisan itu, malah berjaya menarik gelombang baharu peminat ke acara ini dan ke dalam sukan secara keseluruhan.

“Kami kini menjadi acara sukan terbesar di Perancis, dan suasana di grandstand jelas menunjukkan kepelbagaian dan perkembangan luar biasa sukan ini. Perancis adalah pasaran penting untuk kami, dan dengan kerjasama PHA Claude Michy, kami tidak boleh meminta lebih daripada itu,” ujarnya.

Sementara itu, Claude Michy, wakil penganjur PHA, turut berkongsi penghargaan atas kepercayaan yang diberikan kepadanya sejak sekian lama.

“Saya bersyukur kerana dapat mengenali Carmelo Ezpeleta sejak dahulu lagi. Beliau sentiasa memberi kepercayaan kepada saya. Saya hormati beliau dan amat berterima kasih kerana beliau telah berjaya mengembangkan MotoGP menjadi satu persembahan yang luar biasa.

“Kontrak semasa kami sebagai penganjur akan tamat pada 2026, dan saya dengan penuh bangga, hormat dan rasa terhormat mengumumkan bahawa ia akan dilanjutkan sehingga 2031,” katanya.

Dengan jaminan lima edisi tambahan hingga 2031, Le Mans akan terus menjadi titik penting dalam kalendar MotoGP dengan kebolehan dalam menyatukan kelajuan, semangat, dan hiburan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related