Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

KTM rancang 100 langkah untuk atasi krisis kewangan

Pengeluar motosikal Austria, KTM yang kini sedang menghadapi krisis kewangan dengan hutang yang dilaporkan melebihi €3 bilion dilaporkan telah mengatur seratus langkah untuk mengatasi masalah tersebut.

Memetik laporan dari Crash.Net, dalam usaha untuk KTM kekal bertahan, mereka telah melaksanakan rancangan penyusunan semula secara besar-besaran yang dikenali sebagai “Misi 100 Langkah” untuk mengurangkan kos operasi, termasuk dalam divisyen perlumbaannya.

Menurut bos sukan permotoran KTM, Pit Beirer menerusi satu temubual bersama Speedweek Media, beberapa langkah drastik telah diambil untuk mengurangkan kos di bahagian perlumbaan. Beirer turut menyatakan bahawa program Misi 100 Langkah tersebut telah pun dilaksanakan daripada permulaan krisis.

“Kami telah mengambil langkah awal. Apabila kontrak tamat, lebih mudah untuk membuat perubahan, berbanding masa sekarang apabila semuanya sudah termeterai. Langkah mudah tetapi menyakitkan yang kami telah ambil ialah kami mengurangkan 12 pelumba dalam semua perlumbaan di seluruh dunia, yang secara tidak langsung memberi kesan kepada pekerja-pekerja lain di belakang tabir.

“Di sebalik setiap projek yang dibubarkan akan sentiasa ada dua trak yang tidak diperlukan lagi, begitu juga dengan kenderaan dan kereta lain.

“Maka pemandu juga tidak lagi diperlukan. Pemotongan sedemikian adalah langkah segera yang boleh dilihat secara drastik,” jelas Beirer.

Bukan itu sahaja, malah KTM telah menarik diri sebagai penaja utama Kejuaraan Dunia Hard Enduro. Dalam perlumbaan grand prix, KTM turut mengeluarkan jenama GASGAS dan Husqvarna daripada grid perlumbaan, bagi mengurangkan kos secara besar-besaran.

Walaupun langkah-langkah penjimatan telah dilaksanakan, masa depan KTM dalam dunia perlumbaan masih menjadi tanda tanya.

Sebelum ini, proses penyusunan semula KTM telah pun dimulakan sejurus mendapat kebenaran positif daripada mesyuarat pemiutang pertama, membolehkan syarikat itu meneruskan operasi sedia ada sambil mengatur langkah pemulihan.

KTM turut menarik perhatian pelabur luar dengan nilai pelaburan mencecah €700 juta. Antara pelabur yang berminat termasuk juara dunia Formula 1 sebanyak tujuh kali, Lewis Hamilton, yang dilaporkan sebelum ini telah mengadakan perbincangan konkrit dengan KTM melalui pihak pengurusannya.

Bagaimanapun, laporan pemiutang mendedahkan bahawa KTM merancang untuk menarik diri dari MotoGP pada tahun 2026. Walau begitu, KTM telah mengesahkan penyertaan mereka dalam musim MotoGP 2025 yang akan datang.

Kredit : KTM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related