KTM pamer peningkatan

Aksi konsisten Red Bull KTM Factory Racing semakin jelas sejak pusingan Aragon, apabila pengeluar dari Austria itu kerap muncul dalam saingan perebutan podium. Hasil kerja keras mereka kini membuahkan hasil apabila pelumba rookie mereka, Pedro Acosta kembali menaiki podium di Balaton Park, Hungary baru-baru ini.

Podium tersebut merupakan podium keduanya dalam tiga perlumbaan akhir-akhir ini. Rakan sepasukan, Brad Binder, juga menunjukkan prestasi positif dengan empat penamat dalam kelompok lapan terbaik berturut-turut, manakala Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech 3) turut mencipta kejutan dengan kedudukan podium Sprint di Brno.

“Segalanya agak mudah pada Jumaat, tetapi selepas kemalangan dalam sesi kelayakan, semuanya jadi lebih rumit sehingga ke sesi latihan (warm up). Terima kasih kepada mekanik yang membina dua jentera baharu, mereka telah menyelamatkan hujung minggu saya. Saya sangat gembira kerana kami menunjukkan perlumbaan yang kukuh dan banyak peningkatan sejak Brno. Kami tidak perlu terlalu berharap, tetapi terus bekerja ke arah ini. Saya fikir pencapaian ini sangat positif,” ujar Acosta.

Meskipun musim 2025 bermula sukar buat KTM dengan Acosta yang terlibat insiden di perlumbaan pembukaan sebelum sekadar menamatkan aksi di kelompok sepuluh terbaik di Argentina dan Binder pula lebih konsisten berbanding musim lepas tetapi masih bergelut dalam mengutip mata maksimum.

Termasuk Red Bull KTM Tech 3 dalam tiga pusingan awal menghadapi musim penuh cabaran khususnya dalam sesi kelayakan. Namun, Maverick Viñales menjadi watak penting apabila berjaya membawa pasukan mereka keluar dari kemelut dengan menunjukkan potensi sebenar jentera mereka di Lusail dan Jerez.

“Saya rasa tiga GP terakhir adalah yang terbaik setakat ini, terutamanya dua yang terkini. Segalanya semakin lancar dan rasa normal semula. Jentera berfungsi dengan sangat baik, bahagian depan lebih stabil dan selamat, tunggangan lebih baik, lebih mudah masuk selekoh, dan brek juga lebih mantap.

Pakej keseluruhan KTM sudah meningkat satu tahap dan saya yakin masih ada banyak lagi yang akan datang,” ungkap Binder.

Aragon menjadi titik kebangkitan apabila Acosta dan Binder berentap rapat untuk kedudukan empat terbaik, walaupun Binder terjatuh. Podium akhirnya berjaya dikecapi di Brno dengan Acosta menamatkan perlumbaan Ahad di tempat ketiga, diikuti oleh Bastianini yang turut mengutip podium dalam perlumbaan Sprint.

Sejak itu, rentak Acosta semakin meningkat dengan kedudukan podium Sprint di Red Bull Ring, tempat keempat pada Ahad, sebelum melonjak ke petak 2 di Balaton yang sekali gus meletakkannya di kedudukan kelima keseluruhan dalam carta kejuaraan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related