Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

KTM berdepan krisis, Pedro Acosta jadi sasaran Ducati

Krisis kewangan yang sedang melanda KTM, dengan hutang yang dilaporkan mencecah sebanyak €3 bilion, telah mencetuskan spekulasi mengenai masa depan pelumba-pelumba di bawah pasukan itu.

Setelah dimaklumkan secara rasmi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer menerusi satu kenyataan pada 27 November lalu, tumpuan utama terus diberikan kepada bintang muda sensasi mereka, Pedro Acosta.

Memetik laporan Crash.Net, pelumba berusia 20 tahun itu merupakan sasaran utama pengeluar-pengeluar syarikat permotoran dengan keadaan KTM yang ketika ini agak membimbangkan dan masa depan mereka masih dalam persoalan.

Meskipun, syarikat itu sudah menegaskan sedang dalam penstrukturan semula dan ianya tidak akan menjejaskan projek perlumbaan mereka, namun rata-rata masih mengintai peluang yang ada dengan membuat perancangan terlebih awal.

Menurut petikan GPOne, pengeluar terkemuka Ducati merupakan antara syarikat yang sedang memantau perkembangan Acosta dan dikhabarkan akan cuba merebut pelumba muda berbakat itu sejurus kontraknya bersama KTM tamat pada akhir musim 2026.

Namun begitu, Ducati dilaporkan turut mengalami pergelutan dimana mereka sedang mengalami situasi untuk menyeimbangkan bilangan pelumba elit dalam pasukan mereka selepas kehilangan pelumba seperti Jorge Martin, Enea Bastianini, dan Marco Bezzecchi yang tidak lagi bersama jentera Ducati menjelang musim depan.

Sumber : KTM Redbull.com

Dalam jangka masa terdekat, Acosta juga mungkin tidak dapat menyertai pasukan kilang Ducati memandangkan Marquez dan Bagnaia dijangka terus menjadi pilihan utama sepanjang dua tahun ini. Turut dimaklumkan, desas-desus mengatakan projek satelit Ducati seperti VR46 dan Gresini, yang akan mempunyai satu jentera kilang pada musim 2025 dijangka akan menjadi milik pelumba Fabio di Giannantonio.

Namun, tidak mustahil untuk Pedro Acosta kekal meraih perhatian penuh pasukan Ducati selepas mempamerkan aksi cemerlang pada musim ini apabila meraih kedudukan ke-6 dalam MotoGP dan berkemungkinan besar bakal menjadi punca utama dalam perubahan susunan pelumba di bawah Ducati pada masa hadapan.

Terdahulu, KTM mengesahkan secara rasmi bakal melakukan penstrukturan semula dengan permohonan yang dibuat bermula 29 November dengan beberapa pekerja telah pun diberhentikan secara sukarela dan jumlah lembaga pengarah turut dikurangkan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related