Keutamaan Zaqhwan Zaidi tetap pada Asia Road Racing berbanding WorldSBK

PETRONAS MIE Racing Honda dalam kenyataan baru-baru ini menamakan dua pelumba baru bagi mengharungi pusingan ke-7 World Superbike Championship yang dijadualkan pada 11-13 Julai iaitu Tito Rabat dan Ivo Lopes namun ia bukan sesuatu yang pelik.

Sebelum ini pasukan ini umumkan yang mereka secara persetujuan bersama untuk tidak bersama dengan Tarran Mackenzie selepas pusingan ke-6 World Superbike Championship dengan baki 6 pusingan keseluruhan. Tarran yang mula menyertai MIE Racing pada 2023 dalam kelas WorldSSP dengan raih kemenangan untuk pasukan di Czech.

Jadual pusingan ke-3 FIM Asia Road Racing di Motegi Jepun yang berlangsung pada tarikh yang sama dengan WorldSBK merupakan faktor utama kenapa Zaqhwan lebih memilih kejohanan Asia berbanding dengan kejohanan bertaraf dunia. Antara beberapa faktor adalah kontrak Zaqhwan dengan Boon Siew Honda.

Zaqhwan kini mengumpul 58 mata selepas dua pusingan di Thailand dan Malaysia bersama pasukan Idemitsu Honda Racing Malaysia. Zaqhwan cemerlang di Buriram Thailand dengan dua kali podium di tempat ke-2 kurang menyengat ketika di Sepang, Malaysia dengan hanya sekali podium tempat ke-3 dalam race 1.

Zaqhwan Zaidi bergambar bersama Azroy Hakeem dalam puisngan ke-2 ARRC 2025

Keseluruhan pusingan FIM Asia Road Racing adalah 6 dan baki 4 pusingan. Zaqhwan digandingkan dengan Azroy Hakeem Anuar yang kini mendahului jumlah pungutan dengan 71 mata. Idemitsu Honda Racing Malaysia yang diketuai oleh Zulhelmi Ahmad mempunyai misi untuk kekal menguasai kejohanan yang kini mengumpul 129 mata keseluruhan.

Zaqhwan akui impak semasa beraksi di WorldSBK sangat memberi kelebihan dari segi tunggangan dalam FIM Asia Road Racing.

“Saya rasa peluang yang saya dapat di World Superbike dikira satu pengalaman yang baik dan satu impak yang banyak memberikan peningkatan bila saya balik ke Asia dan nampak perbezaan. Dari segi tunggangan saya pun agak berbeza dan pergi ke sana merupakan satu kelebihan untuk saya mengharungi Asia Road Racing.” – kongsi Zaqhwan Zaidi

Tahun lepas di Motegi pusingan ke-3 Asia Road Racing, Zaqhwan menghabiskan perlumbaan ditempat ke-6 dalam Perlumbaan 1 dan tempat ke-5 dalam Perlumbaan 2 dengan jumlah 21 mata bagi pusingan ini.

Ivo Lopes menggantikan Zaqhwan Zaidi bagi pusingan ke-7 WorldSBK

Ivo Lopes akan menggantikan Zaqhwan bagi British WorldSBK di Donington. Beliau sebelum ini pernah bekerjasama dengan PETRONAS MIE Racing Honda pada 2024 beberapa litar berbeza iaitu Portimao, Magny-Cours, Cremona, Estoril dan Jerez.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related