Juara Dunia SuperSports (WorldSSP) 2023 mencipta kenangan peribadi apabila mendominasi hari Jumaat dan Sabtu Pusingan 1 WorldSBK 2024 di Australia WorldSBK di Phillip Island. Ini merupakan kemenangan yang sama yang dibuat oleh rakan sepasukan, Alvaro Bautista pada 2019 dengan kemenangan pertama sejak debut dalam kelas WorldSBK.
2024 menampilkan perlumbaan yang cukup kompetitif dan berlainan dengan musim lepas apabila banyak pertukaran pelumba ke pasukan lain seperti Toprak, John Rea, dan kedatangan bekas pelumba MotoGP Andrea Iannone (Team GoElevan) selepas 4 tahun tidak berlumba.
Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati) yang yang bermula pada pole position ternyata tidak menunggu lama apabila memulakan serangan pada pusingan ke-3 perlumbaan untuk berada pada kedudukan kedua melepasi Alex Lowes (Kawasaki Racing Team WorldSBK). Bulega mengikuti Iannone cukup rapat sehingga baki perlumbaan 1 14 pusingan, Bulega memintas Iannone dari dalam.
Dengan regulasi perlumbaan kali ini meminta semua pelumba menukar tayar, pada lap ke-9 Bulega, Iannone, Lowes dan Toprak Razgatlioglu (ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team) masuk ke pit diikuti pelumba lain. Namun strategi Andrea Locatelli (Pata Promotion Yamaha) menukar sedikit lewat selepas dua pusingan berbanding Bulega ternyata beri kelebihan untuk berada dikumpulan hadapan sekali gus menamatkan perlumbaan di tempat kedua.
Bulega ketika ditanya oleh SBK mengenai kemenangannya dalam perlumbaan satu serta pole position, ini jawapan beliau.
“Mungkin ini hari paling terbaik untuk dalam karier saya, sukar untuk saya percaya dan suatu pencapaian yang menakjubkan. Saya impikan keadaan ini sejak beberapa bulan. Secara realiti, saya berjaya buat pole position, kemenangan pertama di perlumbaan pertama saya dan rekod pusingan yang cukup istimewa yang saya tidak akan lupa.”
Beliau turut menambah mengenai situasi awal perlumbaan dimana ketinggalan sedikit dibelakang kumpulan hadapan.
“Permulaan yang kurang baik, saya lepaskan clucth tidak berapa sempurna pada awalnya. Sekali pun saya berada sedikit belakang saya dapat rasakan saya lebih laju dan anggap kumpulan hadapan cuba jimatkan penggunaan tayar, saya ambil peluang untuk memintas dan berada dihadapan.” – Bulega
Ini keputusan rasmi Race 1 – Round 1 Australia WorldSBK di Phillip Island
Kedudukan | Pelumba | Team | Gap | Fastest Lap | Speed |
1 | Nicolo BULEGA | Aruba.it Racing – Ducati | 1’28.564 | 326,3 | |
2 | Andrea LOCATELLI | Pata Prometeon Yamaha | 2.280 | 1’28.922 | 320,5 |
3 | Andrea IANNONE | Team GoEleven | 2.630 | 1’28.955 | 321,4 |
4 | Alex LOWES | Kawasaki Racing Team WorldSBK | 4.728 | 1’28.970 | 324,3 |
5 | Toprak RAZGATLIOGLU | ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team | 5.706 | 1’29.294 | 324,3 |
6 | Dominique AEGERTER | GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team | 8.333 | 1’29.086 | 320,5 |
7 | Micheal VAN DER MARK | ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team | 8.647 | 1’29.233 | 328,3 |
8 | Danilo PETRUCCI | Barni Spark Racing Team | 9.965 | 1’29.270 | 328,3 |
9 | Garret GERLOFF | Bonovo Action BMW | 11.699 | 1’29.113 | 325,3 |
10 | Xavi VIERGE | Team HRC | 12.423 | 1’29.426 | 328,3 |
11 | Scott REDDING | Bonovo Action BMW | 14.413 | 1’29.553 | 322,4 |
12 | Axel BASSANI | Kawasaki Racing Team WorldSBK | 16.668 | 1’29.398 | 325,3 |
13 | Sam LOWES | ELF Marc VDS Racing Team | 18.388 | 1’29.411 | 322,4 |
14 | Micheal RINALDI | Team Motocorsa Racing | 23.560 | 1’29.793 | 326,3 |
15 | Alvaro BAUTISTA | Aruba.it Racing – Ducati | 32.471 | 1’29.470 | 324,3 |
16 | Philipp OETTL | GMT94 Yamaha | 35.580 | 1’29.635 | 316,7 |
17 | Jonathan REA | Pata Prometeon Yamaha | 37.949 | 1’29.572 | 323,4 |
18 | Tito RABAT | Kawasaki Puccetti Racing | 39.427 | 1’30.616 | 322,4 |
19 | Tarran MACKENZIE | PETRONAS MIE Racing Honda | 54.890 | 1’30.971 | 313,0 |
20 | Adam NORRODIN | PETRONAS MIE Racing Honda | 57.202 | 1’31.310 | 317,6 |
21 | Bradley RAY | Yamaha Motoxracing WorldSBK Team | 58.642 | 1’30.573 | 316,7 |
22 | Remy GARDNER | GYTR GRT Yamaha WorldSBK Team | 18 Laps | 1’30.552 | 318,6 |