Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kemenangan Pertama Toprak Bersama BMW di Barcelona

Pusingan terakhir Perlumbaan 1 di Barcelona merupakan situasi yang bermakna buat pelumba Turki yang hampir empat saat ketinggalan di pertengahan perlumbaan tetapi tindakan untuk mengejar Nicolo Bulega membolehkan memenangi perlumbaan. Sebelum perlumbaan Toprak mendapat ‘pole postion’ untuk bermula di grid pertama.

Toprak Razgatlioglu (RoKiT BMW Motorrad WorldSBK Team) meraih kemenangan Perlumbaan 1 yang sukar ditandingi di Litar de Barcelona-Catalunya untuk memastikan kemenangan pertamanya bersama BMW hanya dalam perlumbaan keempatnya, selepas mengejar Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati).

Kemenangan Toprak sekaligus menamatkan penantian selama 902 hari tanpa kemenangan untuk BMW, sementara ia juga melonjakkan pelumba bernombor #54 ke tempat ketiga dalam senarai podium sepanjang masa dengan 117 selepas kejayaannya semasa Pusingan Pirelli Catalunya.

Ini kedudukan 6 terbaik dari Perlumbaan 1:

1. Toprak Razgatlioglu (ROKiT BMW Motorrad WorldSBK Team)
2. Nicolo Bulega (Aruba.it Racing – Ducati) +0.868s
3. Alvaro Bautista (Aruba.it Racing – Ducati) +5.338s
4. Andrea Iannone (Team GoEleven) +8.543s
5. Andrea Locatelli (Pata Prometeon Yamaha) +9.818s
6. Alex Lowes (Kawasaki Racing Team WorldSBK) +11.190s


Keputusan penuh lihat disini: Perlumbaan 1

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related