Sabtu, 26 April 2025
Pusingan ke-5 MotoGP 2025 di Circuito de Jerez-Angel Nieto, Sepanyol sudah memberi petanda yang perlumbaan Sprint dan Main Race bakal berbeza dan kemampuan pengeluar selain Ducati mula menunjukkan peningkatan apabila Fabio Quartararo berjaya mencatat masa terpantas sesi kelayakkan MotoGP.
Ketika ramai memberi tumpuan kepada Alex dan Marc Marquez terutama apabila mendapat kedudukan 1-2 dalam sesi Practice pada Jumaat, skrip sesi kelayakkan berubah selepas Fabio memintas masa yang dicatatkan oleh Marc Marquez yang pada ketika itu sudah pun catat masa terbaru dengan 1’35.643 sebelum Fabio memperbaharui catatan masa dengan 1’35.610.
Catatan yang dibuat oleh Fabio menamatkan 1134 hari tanpa sebarang kedudukan Pole sejak tahun 2022 GP Indonesia dan merekod ‘New All-Time Lap Record’ bagi MotoGP di litar Jerez.
Dalam sesi kelayakkan Q1, Maverick Vinales dan Marco Bezzechi berjaya menempatkan diri dalam dua kedudukan terbaik selepas saling bertukar tempat sebelum ke Q2 sedikit jauh untuk bersaing bagi kelompok 5 terbaik.
Kontroversi Marc Marquez dan Alex yang keluar ketika bendera merah juga telah mendapat kata dua dari Panel Steward dengan denda sebanyak 2000 Euro kerana melanggar artikel 1.22.2 “Flag Which Convey Information and Instructions’ di bawah ‘Red Flag and Red Lights’. Namun tiada perubahan kedudukan dikenakan.
Ini keputusan penuh sesi kelayakkan Q2 yang memberi kejutan kepada semua.


