Lin Jarvis sifatkan kehadiran Pengarah Teknikal Operasi MotoGP, Massimo Bartolini dari Ducati
adalah sebahagian daripada keseluruhan proses. Sebelum ini Yamaha pernah mengambil seorang pakar untuk bangunkan enjin pada 2022, Luca Marmorini luar daripada Jepun. Terbaru pada Ogos 2023 Yamaha mengikat kontrak dengan pakar automotif, jurutera dan aerodinamik, Dallara.
Paling terbaru Yamaha mengambil Marco Nicotra dari Ducati yang kini merupakan Ketua Bahagian Aerodinamik Yamaha MotoGP yang menyertai pada Oktober 2023. Manakala Massimo Bartolini sertai pada bulan Januari 2024.
Sejurus selepas lantikan Bartolini, beliau telah terbang ke Jepun bagi membincangkan cara kerja, sistem bagaimana kerja antara semua organisasi yang berada di Jepun dan Eropah. Ini antara perubahan baru yang dibawa oleh Lin Jarvis untuk diterapkan dalam Yamaha.
“Kita tidak boleh buat perubahan dalam satu malam, tapi kita tahu kita perlukan perubahan, kita perlu cepat, kita tahu kita perlu kurangkan konservatif dan kita perlu buka minda terutama cara kerja yang efisen teruatama dalam latihan ujian dan minggu perlumbaan.
“Kami percaya kami mampu lakukan lebih baik dan Bartolini akan bawakan pengetahuan dan pengalaman dari luar tapi bukan terapkan sistem Ducati tetapi sistem Yamaha yang baru.” –
Menurut Lin, Massimo Bartolini merupakan posisi yang sama dengan Kazuhiro Masuda yang merupakan YMC MotoGP Group Leader dan YZR-M1 Project Leader. Ini meruapakan pendekatan terbaru Yamaha sepanjang 25 tahun Lin Jarvis dalam Yamaha.
Dengan adanya beberapa ketua-ketua ini, data dan maklumat akan dihantar dari ‘pit box’ ke Jepun dan dari Jepun ke Eropah. Perubahan yang dibuat oleh Yamaha boleh disifatkan sebagai pendekatan baru dan kolaborasi. Ini kenapa syarikat YMR yang berada di Itali dan jumlah jurutera meningkat dari tahun ke tahun menambah lagi budaya agresif Itali, Eropah dan dengan kualiti dan ketelitian Jepun dalam membangunkan jentera.
Apabila ditanya mengenai mampukah Yamaha akan kembali secepat mungkin, ini jawapan Lin.
“Saya perlu realistik, Ducati berada pada tahap tertinggi pada ketika ini dengan lapan pelumba yang cukup kompetitif. Ianya tak mudah tetapi kami perlu capai podium dengan kerap. Saya rasa kami boleh menang beberapa perlumbaan namun menang kejohanan agak jauh. Sangat sukar untuk atasi pasukan merah tahun ini tapi kami cuba semaksimum mungkin.” – Lin
#TarmacSports