Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kategori 160cc FIM MiniGP Malaysia Series Dijangka Jauh Lebih Sengit di Langkawi

Bagi kategori FIM MiniGP 160, cabaran berbeza kepada pelumba muda tempatan apabila pelumba dari Vietnam, Nguyen Viet Tuan mendahului kedudukan mata pelumba setelah empat perlumbaan dalam dua pusingan yang lepas.

Zulfahmi Khairuddin dalam pada itu menjelaskan antara sebab utama kenapa FIM MiniGP Malaysia Series membuka penyertaan terhad kepada pelumba luar adalah disebabkan cuba memberi saingan yang positif dan meletakkan pelumba tempatan pada satu aras jauh lebih baik dan tidak selesa dengan pencapain sedia ada.

Beliau turut menambah, segala perkhidmatan dan bantuan yang disediakan di trek adalah sama kepada peserta MiniGP. Ini berbeza dari layanan dari negara lain seperti Itali yang menganjurkan kejohanan yang sama. Namun kos yang terpaksa dibayar oleh pelumba luar jauh lebih mahal dari pelumba tempatan hampir RM7000 atau kira-kira USD1450 setiap pusingan.

Menjelang pusingan ke-3 FIM MiniGP Malaysia Series di Litar Lumba MORAC Langkawi pada 12 hingga 14 Julai ini, Ariel Marzuki dan Qayyim Razin dijangka beri saingan sengit kepada Nguyen Viet Tuan namun saingan tetap terbuka kepada semua pelumba lain disebabkan litar di Langkawi agak mencabar bagi pelumba yang tidak pernah berlumba di litar ini.

Sebelum ini FIM MiniGP World Series umum penyertaan penuh dari negara baru lain antaranya Baltic, China, Latin America dan Philippines, Netherlands juga kembali dalam saingan ini.

Mengenai penyertaan pelumba FIM MiniGP Malaysia Series dalam World Final Series, ini komen Zulfahmi.

“Untuk kategori 160 MiniGP akan ada lebih banyak negara dan Malaysia akan hantar dua dalam kategori ini. Kalau kita lihat dari kedudukan kejohanan selepas empat perlumbaan, Nguyen Vien Tuan yang mendahului untuk kategori 160cc.

“Jika pelumba Vietnam ini menjuarai kejohanan, beliau akan pergi bersama kita di World Final nanti. Pelumba Vietnam mewakili Malaysia tetapi bawa bendera Vietnam. Kalau boleh kita tidak mahu perkara ini berlaku.

“Saya yakin, ZK Racing telah beri perkhidmatan dan prestasi yang sama kepada semua pelumba. Bagi saya kalau dia betul-betul berhak dengan memenangi kejuaraan, beliau layak pergi bersama kita sebab Nguyen sudah tiga tahun bersama kita.”
– kongsi Zulfahmi


Ini kedudukan semasa kategori 160cc selepas pusingan ke-2:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related