Saat habis perlumbaan pusingan pertama MAM Malaysia Superbike Championship (MSBK) di Litar Sepang bulan Mei lepas, Tarmac Sports sempat untuk berkongsi cerita dengan pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia, Kasma Daniel Kasmayudin.
Untuk rekod, pada 2024 Kasma bersama dengan pasukan sedikit berbeza dari segi pengurusan dan pembuat keputusan iaitu Yamaha Tekhne Racing Team Asia. Beliau menamatkan kempen MSBK 2024 untuk berada tempat ke-3 keseluruhan. Pasukan ini sama dengan pasukan yang beliau wakili dalam kelas kejohanan Asia Road Racing.
Ia dari kaca mata memang kontrak Kasma kekal dengan Yamaha namun perkara yang terikat dengan membuat keputusan seperti mencuba perkara baru yang diinginkan bagi meningkatkan prestasi memberi cabaran berbeza dalam kempen 2024 secara total. Jelas prestasi Kasma dalam Asia Road Racing juga tidak memuaskan dan hanya sekadar tempat ke-8 keseluruhan. Tidak banyak beza dengan rakan sepasukan Soichiro Minamimoto yang menamatkan pada kedudukan ke-7 keseluruhan.

Bagi tahun 2025, Kasma tidak ditempatkan dalam kategori Asia Superbike ASB1000. Tiada lagi Yamaha Tekhne Racing Team Asia dalam kategori ASB1000. Projek Yamaha melalui pasukan Asia secara bersama tidak lagi diteruskan namun Hong Leong Yamaha Racing tetap meletakkan Kasma bagi kelas Supersports 600cc.
Namun apa yang dikongsikan Kasma lebih positif, lebih tersenyum sebagai seorang pelumba bukan hanya disebabkan beliau memenangi perlumbaan 1 dan tempat ke-2 perlumbaan ke-2 dalam Pusingan 1 MSBK 2025 tetapi pendekatan Yamaha tahun ini berbeza dan cukup positif. Kasma lebih bebas mencuba sesuatu tanpa ada banyak kerenah dari pihak factory dari Jepun.
Cabaran utama Kasma dalam MSBK 2025 boleh dikatakan tertumpu pada persaingan dengan dua lagi pelumba Honda Racing Malaysia iaitu Azroy Hakeem dan Helmi Azman kerana mereka berlumba dalam kategori yang sama MSBK1000 dan beri saingan yang kompetitif dalam kelas ini.

Kasma mencatat masa 2:06.516 terpantas dalam sesi kelayakkan MSBK Pusingan ke-2 pada hari Sabtu menyatakan ia masih tidak cukup dan mahu mencari catatan 2 minit 05 dan terus mencari ruang yang boleh ditambah baik.
Ikuti banyak lagi perkembangan sukan permotoran di platform Tarmac Sports.


