Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kasma Daniel Mahu Manfaatkan Kebenaran FIM Asia Terhadap Ubah Suai Enjin

Ketika ditanya mengenai perubahan dan perkembangan jentera selepas dua pusingan FIM Asia Road Racing Championship (ARRC). Ini perkongsian Kasma.

“Memang benar ada perubahan dari segi enjin dan lebih tepat dapat tukar cam namun saya belum tahu perubahan. Di Motegi baru kita boleh cuba dan mengharapkan dengan perubahan yang ada dapat beri saingan yang baik dan bersaing dalam kelompok lima terbaik dan top speed jentera meningkat.

“Masa agak suntuk dan tiada ujian tertutup di Motegi. Pasukan pun baru dimaklumkan yang FIM Asia membenarkan ubah suai jentera Yamaha untuk penambahbaikkan. Memang agak sukar untuk bersaing dengan pasukan lain dengan keadaan jentera sedia ada.

“Jadi kami perlu ubah sesuatu lebih dari perubahan elektronik. Sebelum ini ada perubahan elektronik dan sistem ekzos namun tidak beri banyak perubahan positif pada jentera.”
– Kasma Daniel

Gambar: Media ARRC

FIM Asia melalui kenyataan rasmi membenarkan perubahan enjin Yamaha melibatkan beberapa komponen. Ini selari dengan peraturan yang ditetapkan “Balancing Various Motorcycle Concepts” merujuk kepada Artikel 2.2.2 buku Peraturan ARRC 2024.

Perubahan bagi kategori ASB1000 khusus untuk Yamaha YZF-R1 & YZF-R1M. Yamaha GYTR: Shaft Cam 1; Shaft Cam 2, Valve Spring Set dan Air Funnel Set.

Kasma turut berkongsi prestasi pusingan sebelum ini dan tidak berpuas hati sekali pun telah beri sehabis baik. Jentera yang diguna pakai semasa pusingan 1 Buriram dan pusingan 2 Zhuhai adalah spesifikasi stok kilang.

Kasma yang ditemubual di Sepang pada Ahad lepas selepas perlumbaan Malaysian Cub Prix turut berkongsi rasa bersyukur dengan kemenangan podium di tempat ke-3 dan menanggap rezeki anak dan walaupun litar ini sukar untuk dimenangi bagi kategori CP150.

Saksikan perlumbaan ARRC bermula 7 Jun sehingga 9 Jun di platform rasmi ARRC.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related