Jorger Martin patah tulang selangka

Nasib malang sekali lagi menimpa juara bertahan, Jorge Martin (Aprilia Racing), di Jepun apabila disahkan mengalami patah tulang selangka kanan selepas terjatuh dalam insiden di selekoh pertama ketika perlumbaan Tissot Sprint di Motegi, semalam.

Martin yang sedang cuba mengejar di zon membrek hilang kawalan lalu terjatuh, menyebabkan reaksi berantai yang turut melibatkan beberapa pelumba lain, termasuk rakan sepasukan beliau, Marco Bezzecchi.

Kedua-duanya bernasib baik kerana mampu bangun dan berjalan sendiri selepas kemalangan tersebut. Namun, pemeriksaan perubatan mendapati Martin mengalami patah tulang selangka kanan dengan laporan menyatakan tulangnya berganjak dari kedudukan.

Beliau segera dibawa ke hospital untuk menjalani imbasan CT bagi penilaian penuh sebelum disahkan tidak akan dapat meneruskan saingan di Grand Prix Jepun.

Pihak Aprilia dalam satu kenyataan turut mengesahkan Martin akan segera pulang ke Sepanyol dan dia dijadualkan menjalani pembedahan di Barcelona pada Isnin untuk merawat dan menstabilkan patah tulang selangka kanannya.

Sepanjang musim 2025, prestasi Martin agak berliku selepas gagal mengekalkan dominasi musim lalu. Dengan hanya beberapa podium dicatatkan dan tanpa kemenangan besar seperti sebelumnya, pelumba Sepanyol itu kini berada di luar kelompok tiga teratas Kejuaraan Dunia.

Beliau masih berjuang untuk menempatkan diri dalam lima pelumba terbaik dunia, namun kecederaan ini dijangka memberi kesan besar terhadap peluangnya untuk menutup musim dengan kedudukan yang lebih baik.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related