Jorge Martin tidak terkesan ditolak Ducati

Pengurus Juara Dunia MotoGP 2024, Jorge Martin, Albert Valera, menegaskan bahawa anak buahnya tidak mempunyai masalah ego dan tetap fokus meskipun berdepan pelbagai komen mengenai keputusan Ducati dalam pemilihan pelumba untuk musim 2025.

Dalam satu temubual bersama Motorsport.com, Valera menekankan bahawa Martin tidak mudah tergugat dengan komen-komen seperti itu.

“Kami tidak mempunyai masalah ego. Apabila seseorang terlalu berpegang pada ego, ia boleh mengaburkan pandangan, mengganggu tidur, dan membuang masa dengan kemarahan terhadap komen yang tidak relevan.

“Apabila Ducati menolak kami, perasaan Jorge bukanlah marah, tetapi tenang. Itu yang membolehkannya menghadapi baki musim dengan baik. Mengetahui di mana dia akan berlumba untuk tahun-tahun akan datang, di mana dia akan lebih bahagia, dan masa depannya jelas terjamin, adalah rahsia sebenar kejayaannya memenangi gelaran itu pada 2024.

Kredit : MotoGP

Dalam pada itu, Martin dijangka akan memimpin skuad kilang Aprilia pada musim 2025. Namun, Valera menegaskan bahawa Martin tidak pernah meminta untuk diiktiraf sebagai pelumba utama.

“Jorge seorang yang sangat menghormati dan langsung tidak mempunyai masalah ego. Dia tidak pernah meminta untuk diiktiraf sebagai pelumba nombor satu Aprilia. Sebaliknya, dia sedar bahawa dia memerlukan pelumba yang kuat di sisinya untuk menggerakkan projek ini bersama-sama,” ujarnya.

Sebelum ini, Martin dijangka menyertai pasukan kilang Ducati pada musim 2025. Namun, keputusan mengejut Ducati yang memilih untuk membawa masuk Marc Marquez bagi menggantikan tempatnya , telah mengubah segalanya.

Kecewa dengan keputusan tersebut, Martin dilaporkan akhirnya menandatangani kontrak bersama Aprilia dan apa yang lebih mengejutkan beliau berjaya meraih gelaran Juara Dunia MotoGP 2024 bersama jentera Pramac Ducati.

Dalam pada itu, Apriliaturut telah melancarkan jentera untuk musim 2025 minggu lalu, di mana Martin memperkenalkan nombor #1 pada jentera RS-GP yang bakal ditunggangnya. Dengan pelancaran itu, ramai yang menantikan apa yang akan dibawa pelumba Sepanyol itu bagi aksi pembukaan yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Chang, Thailand tidak lama lagi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related