Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Jorge Martin dinobatkan Juara Dunia MotoGP 2024

Jorge Martin menepati ramalan apabila berjaya memenangi Kejuaraan Dunia MotoGP 2024 selepas berjaya menempatkan diri dalam kelompok 9 pelumba terpantas dalam perlumbaan MotoGP Barcelona, sebentar tadi.

Jorge Martin atau lebih dikenali dengan gelaran ‘Martinator’ jelas tidak berdepan sebarang masalah dalam mengekalkan kedudukan di tempat ke-3 terbaik untuk memastikan gelaran itu dirangkul olehnya.

Bermula dari kedudukan ke-4, Martin meluru ke kedudukan ke-2 dan mengekori rapat Pecco Bagnaia yang memimpin perlumbaan dari posisi pole sebelum Marc Marquez memintas kedudukanya untuk mendapatkan kedudukan ke-2 itu seawal 20 pusingan.

Pusingan ke-14, Marc Marquez cuba memberikan saingan dalam memintas Bagnaia namun tidak kesampaian apabila ianya tidak cukup untuk menghalang Juara Dunia 2023 itu dari kehilangan kedudukan pertamanya dalam perlumbaan pusingan akhir itu.

Enggan mengambil risiko, Martin cuba mengekalkan kedudukan di tempat ketiga sehingga ke garisan penamat sebelum disahkan secara rasmi menjadi Juara Dunia MotoGP 2024 dan juga merupakan pelumba dari pasukan satelit pertama yang memenangi Juara Dunia dalam era MotoGP. Sebelum ini, pelumba yang bergelar Juara Dunia dari pasukan satelit adalah Valentino Rossi, dalam kelas 500cc pada tahun 2001, 23 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Juara Dunia 2023, Bagnaia terpaksa akur apabila gagal merangkul trofi Juara Dunia musim ini setelah dibezakan 10 mata di belakang Martin. Namun, masih meraih kedudukan podium selepas memenangi perlumbaan akhir di Grand Prix Solidariti Barcelona itu diikuti Marc Marquez di tempat kedua dan Jorge Martin di tempat ke-3.

Dengan itu, MotoGP musim 2024 melabuhkan tirai, dengan Jorge Martin sebagai Juara Dunia (508 mata), diikuti oleh Pecco Bagnaia (498 mata), dan Marc Marquez (392 mata) di tempat ketiga. Enea Bastinini terpaksa akur di tempat ke-4 dengan (386 mata).

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related