Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Jorge Martin beri sinar harapan kepada pelumba persendirian

Menjuarai Kejohanan Dunia MotoGP sebagai pelumba pasukan persendirian merupakan satu perkara yang sukar dicapai dan setakat tahun 2024, hanya enam pelumba sahaja yang mampu merangkul kejuaraan tersebut.

Sejarah yang dicipta oleh Jorge Martin pada 17 November lalu bersama pasukan Prima Pramac Racing, sedikit sebanyak membuka mata kepada pasukan pelumba persendirian bahawa tiada yang mustahil untuk dikecapi setelah menjadi pelumba pertama dalam era MotoGP yang berada dalam pasukan kilang sepenuhnya, dan merupakan yang pertama sejak Valentino Rossi.

Sejarah yang dicipta bermula dari tahun 1978 oleh Kenny Roberts selaku pelumba pertama yang berjaya memecahkan rekod dengan menghentikan dominasi dari pasukan kilang untuk menjuarai Kejohanan Dunia 500cc bersama pasukan Yamaha USA. Dengan empat kemenangan, beliau berjaya menewaskan juara bertahan Barry Sheene, sekali gus membuktikan tiada yang mustahil untuk pasukan pelumba persendirian.

Sumber : MotoGP

Beberapa tahun kemudian, Marco Lucchinelli dan Franco Uncini menyusul bersama Suzuki yang dikendalikan pasukan bebas di Itali. Lucchinelli memenangi kejuaraan pada tahun 1981, diikuti Uncini pada tahun 1982.

Pada tahun 1989 pula, Eddie Lawson membawa pasukan pelumba persendirian Honda selepas menewaskan Wayne Rainey untuk berada di podium. Dalam pada itu, kehebatan Valentino Rossi yang sukar disangkal apabila turut mempamerkan kehebatannya pada tahun 2001 bersama pasukan Nastro Azzurro Honda, dan memenangi 11 perlumbaan dan menewaskan Max Biaggi dengan kelebihan 106 mata dalam kejuaraan dunia.

Dengan kemunculan Martin yang mengikut jejak pelumba-pelumba lagenda ini selepas sekian lama menyepi dan tiada sebarang kemenangan oleh pasukan pelumba persendirian, fenomena baharu yang dicipta sedikit sebanyak membuka pintu baharu kepada pelumba bebas untuk tidak berhenti bermimpi.

Juara Dunia 2024 itu ketika ini dalam persiapan rapi menjelang musim baru bersama pasukan Aprilia Racing dan merupakan sandaran utama dalam merangkul kejuaraan bagi musim depan dengan saingan sengit yang diharapkan antaranya dan pelumba Ducati Lenovo, Pecco Bagnaia.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related