Ketika tumpuan perlumbaan terarah kepada Marc Marquez yang mengemudi perlumbaan, sesuatu yang jarang kita lihat apabila Jorge Martin mampu memintas Francesco Bagnaia (Pecco). Pada awal perlumbaan Jorge Martin memulakan perlumbaan dipetak ke-14 dimana Pecco bermula pada kedudukan ke-11.
Namun pada baki 9 pusingan perlumbaan Sprint, Jorge Martin dilihat memintas Pecco pada satu ketika sebelum Pecco menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-8 manakala Jorge Martin di kedudukan ke-16 perlumbaan. Ketika ditanya bagaimana dia mampu memintas, ini apa yang dikongsikan oleh Jorge:
“Saya tidak menyangka mampu atasi Pecco namun saya yakin dia ada masalah. Ini bukan sesuatu yang biasa untuk beliau dan disebabkan itu saya memintas Pecco.”
Jorge Martin disahkan cergas untuk berlumba namun apa yang boleh kita fahami, beliau bukanlah berada pada keadaan yang sempurna sepenuhnya seperti fizikal beliau pada musim lepas selepas terbabit dengan insiden di Litar Antarabangsa Sepang semasa Ujian Rasmi 2025.
Namun apa yang lebih membimbangkan untuk beliau adalah keserasian dengan jentera. Ini perkongsian Martin.
“Keadaan fizikal menghadkan saya untuk pergi lebih laju. Saya tidak memahami jentera dan mungkin jentera tidak terima cara tunggangan saya. Yang pasti penggunaan tayar saya sangat banyak. Kedudukan saya atas jentera tidak berapa bagus dan saya jadi cepat letih.”
Namun apa yang lebih penting bagi Martin prestasi beliau perlu dibaiki terutama apa yang dikatakan keserasian dengan jentera dan penggunaan tayar secara keseluruhannya. Jorge Martin sifatkan dengan menghabiskan 11 pusingan Sprint di Qatar boleh dikatakan cukup baik.