Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Johor Racing Triple Eight Raih Kemenangan ALMS di Yas Marina Abu Dhabi

Perlumbaan endurance 4 Hours Abu Dhabi pusingan terakhir musim 2023/2024 beri kemenangan berharga buat pasukan #88 Triple Eight Mercedes-AMG GT3 EVO yang terdiri daripada tiga pelumba YAM Tunku Abdul Rahman, Luca Stolz dan Jordan Love.

Kemenangan pasukan Johor Racing dan Triple Eight di ALMS (Pic: ALMS)

“ Akhirnya kami sempurna pusingan terakhir Asian Le Mans Series (ALMS 2023/2024). Saya rasa kami berlumba dengan sangat baik semalam dengan kemenangan. Kami bermula dengan agak baik dibandingkan dengan perlumbaan minggu lepas.

“Pasukan telah buat peningkatan yang banyak. Ia adalah melangkau apa yang kami sasarkan dengan hanya berada pada kedudukan 10 terbaik. Kini kami bersaing untuk kedudukan kejuaraan merupakan langkah yang sangat baik.” berkongsi Tunku Abdul Rahman.

Tunku juga berterima kasih kepada seluruh pasukan dengan hasil yang ditunjukkan sepanjang musim series ini terutama pelumba, pasukan dan bersedia untuk seterusnya.

Kemenangan pasukan Johor Racing dan Triple Eight di ALMS (Pic: ALMS)


ALMS 2023/2023 mempunyai lima perlumbaan dengan dua di Sepang (4H of Sepang) pada bulan Disember lepas seterusnya satu perlumbaan Dubai (4H of Dubai) dan berakhir dengan dua perlumbaan di Litar Yas Marina Abu Dhabi.

Dengan pungutan 49 mata keseluruhan dari 5 perlumbaan sejak 4H Of Sepang melonjak kedudukan kejuaraan ditempat ketiga dan hanya 9 mata dibelakang juara keseluruhan dari #91 Pure Rxcing yang menggunakan jentera Porsche 911 GT3 R iaitu 58 mata.

Lebih membanggakan bagi kedudukan kejuaraan keseluruhan pelumba, Tunku Tunku Abdul Rahman berada pada kedudukan ke-2 berkongsi kedudukan yang sama adalah rakan sepasukan, Luca Stolz dari Jerman dengan 74 mata dibezakan dengan 2 mata dari Alex Malykhin, Joel Sturm dan Klaus Bachler.

#TarmacSports #AsianLeMansSeries

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related