JMR umum barisan pemandu di Bathurst 12-Hour

14 Januari 2026 – Johor Motorsports Racing Team (JMR) hari ini mengumumkan barisan tujuh orang pemandu bertaraf dunia bagi menghadapi perlumbaan ketahanan Meguiar’s Bathurst 12-Hour bulan hadapan. Perlumbaan ini turut menandakan penampilan sulung Chevrolet Corvette di acara ikonik tersebut, sekali gus membuka era baharu buat kempen GT3 jenama berkenaan.

Bersama Yang Amat Mulia Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor, JMR turut mempertaruhkan HH Tunku Jefri Ibrahim dan HH Tunku Abu Bakar Ibrahim, Tunku Putera Johor, yang akan disertai oleh pasukan Pro baharu menampilkan pemandu kilang Corvette Racing iaitu Alexander Sims, Nicky Catsburg dan Earl Bamber.

Bagi kategori Pro-Am, pemandu tetap JMR Ben Green dan Jordan Love akan bergandingan bersama HH Putera Jefri Ibrahim dan HH Putera Abu Bakar Ibrahim menerusi jentera #99.

Litar Bathurst bukan asing buat HH Putera Jefri Ibrahim apabila beliau berjaya meraih tiga podium Pro-Am di sana antara tahun 2022 hingga 2024.

Untuk edisi 2026, kedua-dua pasukan JMR akan menggunakan Chevrolet Corvette Z06 GT3.R, jentera yang telah membawa kemenangan dan podium dalam GT World Challenge Asia 2025 serta perlumbaan Suzuka 1000.

Bathurst 12-Hour juga hanya merupakan penyertaan kedua JMR dengan pasukan kategori Pro sepenuhnya, selepas kejayaan podium keseluruhan pada debut mereka di Suzuka 1000 tahun lalu.

Perlumbaan ini turut menandakan penampilan pertama JMR buat pelumba ketahanan terkenal New Zealand, Earl Bamber, juara dua kali 24 Hours of Le Mans (2015 & 2017) serta pemenang Nürburgring 24 Hours 2023.

Rakan sepasukannya, Nicky Catsburg, turut berada dalam pasukan pemenang Nürburgring tersebut dan sebelum ini mencatat podium bersama JMR di Suzuka.

Alexander Sims pula akan membuat penampilan sulung di Bathurst walaupun berpengalaman luas bersama Corvette Racing di peringkat global.

Bagi Ben Green, perlumbaan ini juga menjadi pengalaman pertamanya di Litar Mt Panorama, manakala Jordan Love akan memainkan peranan penting sebagai pelumba tempatan Australia yang pernah membantu pasukan meraih keputusan tempat keempat pada Bathurst 12-Hour 2023.

Bathurst 12-Hour merupakan acara besar pertama dalam kalendar sukan permotoran Australia 2026 serta pusingan pembukaan Intercontinental GT Challenge, yang merangkumi lima perlumbaan di empat benua.

Dari 13 hingga 15 Februari, sebanyak 36 buah jentera GT3 daripada 12 pengeluar akan beraksi, dengan perlumbaan disiarkan secara langsung menerusi saluran YouTube GT World.

Tunku Putera Jefri Ibrahim

““Bathurst sentiasa menjadi tempat yang sangat istimewa buat saya dan antara litar kegemaran di dunia. Sejarah, peminat dan suasananya luar biasa. Kembali dengan dua buah kereta JMR kali ini amat bermakna, lebih-lebih lagi dapat berlumba bersama adinda saya. Penyertaan bersama GM Corvette menjadikan cabaran ini lebih mengujakan. Kami bersedia sepenuhnya.”

Tunku Abu Bakar Ibrahim

“Berlumba di Bathurst 12-Hour merupakan satu pencapaian penting dalam kerjaya saya. Ia antara perlumbaan ketahanan paling ikonik dunia dan saya komited untuk memberikan yang terbaik demi pasukan.”

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related