Pasukan JDT Racing Team mencipta sejarah baharu dunia permotoran negara apabila diberikan tiket ‘wild card’ untuk menyertai Kejohanan Superbike World Championship (WSBK) di Litar Portimao, Portugal dari 9 hingga 11 Ogos 2024.
Pelumba JDT Racing Team, Hafizh Syahrin Abdullah akan berlumba menggunakan jentera Ducati Panigale V4R yang mempunyai spesifikasi sama seperti jentera milik penyandang juara dunia, Alvaro Bautista.
JDT Racing Team juga akan mendapat bantuan pasukan teknikal daripada Ducati Factory dan akan menggunakan ‘liveries’ JDT pada perlumbaan tersebut. Ini antara elemen yang mana-mana pasukan ternanti-nanti apabila mendapat sokongan pengeluar.
Hafizh akan menggunakan nombor 10 sebagai dalam perlumbaan hujung minggu ini. Saksikan perlumbaan WorldSBK Pirelli Portuguese Round bermula 9 hingga 11 Ogos 2024.