Pusingan ke-2 MAM Malaysia Superbike Championship yang berlangsung di PETRONAS Sepang International Circuit pada 17 dan 18 Ogos menampilkan dua perlumbaan kategori baru,YAMAHA R15M Race Elites.
Dalam sesi kelayakkan sebelah pagi Sabtu, Muhd Iqbal Amri Abdul Malek dari Y S CHONG catat masa terpantas dengan 2’48:476s untuk meletakkan beliau di kedudukan pertama grid.
Dalam perlumbaan , kedudukan pelumba bertukar setiap pusingan dengan pelumba memintas antara satu sama lain berebut kedudukan teratas. Pada pusingan terakhir, Izam berjaya memintas Arash dan meraih kemenangan pada 20’21:246s.
Izam berkongsi kemenangan pertama dalam kategori ini,
“Dalam perlumbaan tadi, saya tidak bermula dengan baik, tetapi saya tetap tenang walaupun berada di kedudukan ke-5 untuk tiga pusingan pertama. Baki dua pusingan terakhir, saya menggunakan strategi saya sendiri. Ia terbukti berkesan, dan saya berasa amat bertuah dan bersyukur atas kemenangan hari ini.” – Izam Ikmal
Kedudukan Podium Perlumbaan 1:
1. Muhd Izam Ikmal Izamli – CHAI KEN MOTORSPORT
2. Arash Tsunami Kamarudin – BLH GLASSTEEL 46 RACING
3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff – HIAP AIK RACING TEAM
Memasuki perlumbaan kedua dalam keadaan cuaca cerah pada Ahad, Abdullah Qayyum bijak membuat gerakkan pada selekoh terakhir bagi memastikan kemenangan pertama berpihak kepada beliau.
Saingan bagi kategori ini cukup kompetitif dan menyamai beberapa perlumbaan kategori lain apabila menggunakan penyediaan yang sama.
Arash Tsunami yang konsisten menamatkan perlumbaan ditempat kedua berturut turut dengan jumlah keseluruhan 20 mata bagi pusingan pertama kategori ini kini mendahului jumlah pungutan mata.
Kedudukan Podium Perlumbaan 2:
1. Abdullah Qayyum Abd Razak – WELLY RACING TEAM
2. Arash Tsunami Kamarudin – BLH GLASSTEEL 46 RACING
3. Ahmad Syukran Aizat Mohd Yusoff – HIAP AIK RACING TEAM