Isu permukaan Litar Brazil dikenal pasti

Penganjur Grand Prix Brazil mengesahkan siasatan telah dijalankan susulan cabaran berkaitan permukaan litar yang timbul sepanjang hujung minggu perlumbaan.

Antara faktor utama dikenal pasti termasuk hujan luar biasa yang menjejaskan kerja-kerja akhir penurapan serta menyumbang kepada masalah pada permukaan trek.

Pada hari Sabtu lalu, satu kerosakan besar dikesan apabila sistem kumbahan lama yang tidak didokumentasikan runtuh di bawah permukaan litar. Walaupun kerosakan itu tidak berada di garisan perlumbaan, pihak litar bertindak pantas menjalankan pembaikan, sekali gus membolehkan aktiviti trek diteruskan pada hari sama.

Situasi berbeza pula berlaku pada Ahad sejurus selepas perlumbaan Moto2 apabila kemerosotan setempat pada lapisan asfalt dikesan, berpunca daripada suhu tinggi serta penggunaan trek yang intensif sepanjang hujung minggu.

Walaupun lebihan batu kerikil telah dibersihkan sebelum perlumbaan MotoGP bermula, masih terdapat risiko kecil permukaan litar terus merosot. Atas faktor keselamatan, Race Direction memutuskan untuk memendekkan perlumbaan kepada 23 pusingan, bersamaan 75% daripada jarak asal perlumbaan. Pasukan dimaklumkan mengenai perubahan tersebut lebih awal oleh wakil IRTA di grid permulaan.

Proses Homologasi Litar Dipantau FIM

Proses kelulusan atau homologasi litar MotoGP dikendalikan oleh FIM dan biasanya bermula lebih setahun lebih awal. Ia melibatkan pemeriksaan terperinci terhadap kawasan pembinaan serta spesifikasi campuran asfalt yang berbeza mengikut lokasi global.

Semua cadangan teknikal perlu dibentangkan kepada FIM bagi memastikan piawaian keselamatan dipenuhi sebelum kelulusan diberikan menjelang perlumbaan.

Dengan kejayaan Grand Prix Brazil yang mencatat kehadiran seramai 148,384 penonton di Autódromo Internacional de Goiânia Ayrton Senna, sekali gus membuktikan minat yang tinggi dalam kalangan peminat tempatan terhadap MotoGP serta potensi besar sukan ini untuk terus berkembang di peringkat global.

Pihak penganjur dan pengurusan litar turut mengakui isu yang timbul sepanjang perlumbaan dan memberi jaminan bahawa penambahbaikan akan dilaksanakan sepenuhnya sebelum MotoGP kembali ke Brazil pada musim hadapan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related