Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Honda sedia sahut cabaran MotoGP 2025 dengan semangat baru

Honda Racing Corporation (HRC) terus menunjukkan komitmen tinggi untuk kembali ke prestasi terbaik dalam MotoGP meskipun berdepan cabaran besar dalam beberapa musim terakhir.

Pengurus Pasukan Honda, Albert Puig, menegaskan bahawa Honda kekal bersemangat untuk membuktikan keupayaan mereka dan komited memperkukuh pasukan melalui pelbagai inisiatif. Usaha ini bertujuan memastikan Honda kembali ke landasan yang tepat dan bersaing di tahap tertinggi.

“Pelbagai perkara dan solusi telah kami lakukan. Pada pertengahan musim tahun lalu kami telah melakukan pelbagai langkah untuk memperbaiki prestasi kami dan kami berjaya meskipun tidak terlalu drastik tetapi kami masih mampu melakukan penampahbaikan.

“Kami masih belajar untuk menyediakan yang terbaik untuk musim ini dan dari sudut pandangan saya, pasukan kami sudah mendapat bayangan apa yang kami mahukan dan secara perlahan memperbaikinya.

Kredit: MotoGP

“Sudah tentu ianya memerlukan masa untuk memperbaiki kesilapan kami dan keputusannya sudah pasti tidak dapat dilihat melalui atas kertas tetapi apa yang paling utama adalah kami masih mempunyai semangat untuk kembali ke litar dengan prestasi cemerlang meskipun sudah jelas kami ketinggalan berbanding pasukan-pasukan lain,” ujarnya dalam satu temubual ekslusif bersama MotoGP

Sejak beberapa musim lalu, Honda berhadapan dengan prestasi yang tidak konsisten, sekali gus mengubah perspektif mereka terhadap pembangunan jentera dan strategi pasukan. Sebagai sebahagian daripada pelan pemulihan mereka, Honda telah meningkatkan pelaburan dalam inovasi dan pembangunan teknologi jentera RC213V.

Mereka ketika ini dimaklumkan bekerja rapat bersama para jurutera dan pelumba dalam memastikan jentera baharu dapat menyaingi pasukan kebal seperti Ducati dan Aprilia. Dengan jentera LCR Honda dan Repsol Honda, mereka jelas bersedia menghadapi cabaran baharu dengan pelumba seperti Joan Mir, Somkiat Chantra, dan Alex Marquez yang mempunyai misi untuk membantu mereka ke kedudukan teratas.

Kredit : HRC

Somkiat Chantra, yang merupakan pelumba pertama Thailand di MotoGP, membawa harapan besar sebagai wakil Asia untuk membuktikan kemampuan dalam kemunculan sulungnya. Sementara itu, Joan Mir, juara dunia MotoGP 2020, diharap dapat menunjukkan kepimpinannya untuk membimbing pasukan kembali cemerlang.

Dengan MotoGP 2025 dijadualkan bermula di Thailand pada 28 Februari, Honda terus mengukuhkan semangat mereka untuk membuktikan bahawa mereka masih mempunyai kemampuan untuk bersaing di peringkat tertinggi.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related