Perubahan regulasi CP150 beri impak kemenangan kepada Honda di Litar Lumba Tangkak
Sebelum ini Tarmac Sports pernah berkongsi mengenai regulasi terkini Malaysian Cub Prix bagi tahun 2026. Untuk dipendekkan cerita, kategori perdana CP150 perlu menggunakan jentera dan tetapan secara biasa. Kira dalam perlumbaan ini peminat akan tahu potensi sebenar jentera yang bersaing termasuk Honda, Yamaha, Modenas, Voge.
Dalam regulasi baru Modenas Z15GT dan Yamaha Y16ZR dibenar berlumba di CP150 namun bersyarat. Mengikut artikel 2.1.1 Regulasi 2026 Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix, jentera yang bersaing dalam kategori CP150 perlu mengikut kapasiti enjin diantara 138cc hingga 150cc menggunakan 4-stroke.
Jentera Modenas Z15GT dan Yamaha Y16ZR dibenarkan berlumba namun tetapan tambahan yang dikenakan kepada jentera Yamaha Y16ZR adalah ‘maximum bore limited to 57 mm (150cc)’. Yamaha secara asal didatangkan dengan bore 58.
Azroy Hakeem dari pasukan Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing konsisten dari hari Sabtu terutama dalam sesi kelayakkan dengan catatan 44.914. Keputusan ini membolehkan Azroy bermula yang terakhir dalam sesi Superpole.
Impak dari pada ini, Honda mempunyai 6 pelumba daripada 10 pelumba yang layak ke sesi Superpole. Antaranya Azroy Hakeem, Ahmad Darwisy, Haziq Fairues, Shahrol Syazraz, Irfan Haykal, Farish Hafiy. 3 pelumba yang menggunakan Honda RS-X mengisi tiga kedudukan hadapan grid.
Memasuki perlumbaan dalam keadaan litar basah, Azroy Hakeem terus kuasai perlumbaan sekali diberi tentangan oleh Haziq Fairues dan Kasma Daniel. Azroy menamatak perlumbaan dengan 2.967 saat dihadapan Kasma Daniel.
Ini kedudukan podium bagi ketegori CP150:
P1: Azroy Hakeem – Honda Castrol Power 1 Yuzy Racing
P2: Kasma Daniel – PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
P3: Haziq Fairues – Idemitsu Honda YAM Racing
Azroy selepas kemenangaan berkongsi detik bermakna:

“Sejujurnya ketika hujan mula turun sebelum perlumbaan, minda saya sudah bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Kalau ada rezeki, adalah. Kalau bukan milik saya hari ini, saya reda. Tetapi selepas beberapa pusingan, saya nampak keadaan trek semakin kering dan saya mula yakin dengan rentak saya.
“Namun beberapa pusingan sebelum tamat, hujan turun semula dan ketika itu saya tahu saya perlu kekal tenang. Bila saya pandang ke belakang, saya rasa jurangnya sekitar dua saat, jadi saya hanya perlu kekalkan kelajuan dan elakkan kesilapan yang tidak sepatutnya.
“Saya sangat gembira untuk pasukan kerana kami sudah melalui tempoh yang sukar selama beberapa musim, dan tahun ini akhirnya kami kembali berada di depan. Secara peribadi, sudah lama saya menunggu untuk kembali merasai kedudukan nombor satu ini.
“Selama ini saya hanya berada di podium, tetapi bukan di puncak. Jadi kemenangan ini memang sangat bermakna untuk saya. Saya harap kami dapat teruskan momentum ini pada pusingan seterusnya.”
Seterusnya Kejohanan PETRONAS MAM Malaysia Cub Prix akan di adakan pada 23 hingga 24 Mei di Litar Antarbangsa Sepang, Selangor.
Baca juga:


