Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Helmi yakin mampu rampas trofi kejuaraan MSBK600

Pelumba negara, Muhammad Helmi Azman mengakui sudah bersedia dalam perebutan trofi kejuaraan dunia bagi kategori MSBK600 dalam pusingan akhir kejuaraan Motosikal Superbike Malaysia (MBSK) anjuran MAM yang akan berlangsung hujung minggu ini.

Helmi mengatakan beliau akan memberikan seratus peratus bagi aksi yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (PSIC) itu meskipun berdepan kekecewaan di Thailand apabila terlepas peluang memenangi perlumbaan 2 , pada minggu lalu.

“Untuk pusingan ini, saya akan memberikan 100% usaha kerana saya mahu merebut gelaran juara keseluruhan dalam kedudukan tiga teratas musim ini. Sasaran saya adalah untuk menamatkan perlumbaan di podium untuk kedua-dua perlumbaan.

“Saya jangkakan tekanan yang besar, lebih-lebih lagi dengan pesaing yang sangat hebat. Tetapi saya akan melakukan yang terbaik kerana semua kejuaraan sama penting bagi saya, dan matlamat saya adalah untuk berjaya.Sepanjang musim ini, kami telah membuat banyak peningkatan pada tetapan jentera, dan saya kini lebih yakin.

“Pasukan saya sentiasa bekerja keras untuk memastikan jentera berada pada tahap optimum. Dari pihak saya juga, semuanya adalah kerja keras. Saya banyak menjalani latihan untuk membina kekuatan fizikal dan mental. Ini sangat penting, terutama sebagai seorang pelumba, kerana ia membantu daya tahan dan teknik menunggang.

“Sejujurnya, saya cukup bersedia dan tidak sabar untuk hujung minggu ini. Untuk musim depan, saya mahu terus bersama pasukan Boon Siew. Jadi, kita lihat bagaimana keputusannya nanti,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelumba berusia 25 tahun itu telah membuktikan kehebatannya musim ini selepas memenangi lima daripada enam perlumbaan dan mengumpul 138 mata bagi keseluruhan perlumbaan.Namun Helmi terpaksa akur apabila kegagalannya meraih podium pada perlumbaan 2 di Thailand minggu lalu, menyebabkan beliau keluar dari kedudukan podium.

Perlumbaan minggu akhir ini bermakna Helmi dalam misi wajib menang sekiranya beliau mahu merangkul tempat ketiga dalam kejuaraan MBSK 600 sekaligus menewaskan Thanat Thanat Laoongplio dari Honda Racing Thailand.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related